Akmal memarkirkan keretanya di kawasan parkir yang paling berdekatan dengan pintu masuk ke Tesco. Mungkin dia mahu mengelak dari terkena pancaran matahari. Dia membuka pintunya dan turun membuka pintu sebelahku.

’ Saja nak ambil hati akulah tu’. Aku bermonolog.

Aku terus keluar dan menuju ke arah pintu masuk.Akmal turut mengikutku dari belakang. Aku sempat terdengar dia mengomel, ” Tak nak ucap terima kasih ke si ketot ni? ”.

Terus ku menjawab, ” Hah? Awak kata apa tadi???”.


Aku memang pantang orang menggelarku sebegitu. Bukankah setiap manusia berbeza? Namun aku sentiasa bersyukur dengan ciptaan-Nya. Sebenarnya ketinggianku tidaklah dikategorikan sebagai rendah sangat bagi seorang perempuan. Ketinggianku adalah 153sm. Namun jika dibandingkan dengan Akmal yang ketinggiannya melebihi 20sm dariku, aku memang kelihatan seperti adiknya apabila bergandingan dengannya.

Akmal terus berlari-lari anak meninggalkanku. Aku lihat dia sempat melambai-lambai tangannya sebelum menyambar troli dan masuk ke dalam Tesco.

’ Hish, bilalah nak jadi matang Mr Sudu ni? ’ Aku berkata dalam hati. Akmal sememangnya bersikap kebudak-budakkan sedikit. Aku sangka sikapnya sudah berubah setelah 2 tahun kami berpisah namun semakin teruk adalah. Tetapi yang memusykilkan aku adalah dia hanya bersikap sedemikian apabila bersamaku sahaja. Apabila bersama orang lain, pandai pula dia menyembunyikan sikapnya itu!

Aku malas hendak melayan perangainya di kala keletihan ketika ini. Almaklumlah baru pulang dari bekerja. Tapi kenapa Mr Sudu ini tak pernah letih haa?

Akmal terus mendapatkan ku sejurus selepas aku masuk ke dalam Tesco. Aku lihat dia sudah mula menyinsing tangannya hingga ke paras siku dan melonggarkan tahi lehernya. Mungkin berasa panas kerana keletihan bekerja hari ini. Dia hanya memerhatikan aku yang asyik endah tak endah melayannya.

” A’ah ek. Lupa nak tanya, kenapa awak pakai formal hari ni? ”. Aku bertanya kepada Akmal. Akmal yang kukenali bukanlah seorang yang tahu mematuhi peraturan.

” Saya ada presentation pasal bahagian kerja saya hari ni. Itu yang saya pakai macam ni. Rasa kurang yakin lah jugak pagi tadi tapi bila saya sarung je kemeja pemberian awak tadi, terus rasa takut itu hilang. Awak ada jampi apa-apa ke kat baju ni? ” . Tanya Akmal sambil mengjungkitkan kening kanannya.

” Oh, yeke? Hurm, ada kot terjampi sikit! ”. Jawabku. Niat untuk memainkan Akmal kembali menjelma.

” Wah, terharulah saya! Patut lah rasa lain macam je bila pakai baju ni. Awak jampi apa? Bagi saya terus sayang kat awak ek? “. Akmal bertanya.

“ Saya jampi agar awak sentiasa bernasib malang! Agar awak sentiasa berjauhan dari saya! ”. Jawabku sambil terus menarik troli dari pegangannya. Perasan sungguh dia!

” Eleh, yela tu. Saya rasa awak dah tersilap bomoh laa. Sebab saya tak rasa makin jauh pun dari awak. Malah saya rasa macam awak pun makin dekat je dengan saya. Betul kan?”. Tanya Akmal sambil tersenyum-senyum.

’Memang betul cakapnya. Semakin aku cuba untuk membencinya, semakin sayang aku kepadanya. Cubalah faham wahai hati. Dia dah ada yang lain.’ Monologku dalam hati.

” Eh, tolong sikit. Tak habis-habis dengan perasan awak tu. Yang awak ni kenapa ikut saya? Pergilah tunggu dalam kereta! ” . Aku berasa rimas dengan Akmal. Sebenarnya aku takut diriku terbuai dengan ayat-ayat manisnya.

” Tak nak lah saya. Panaslah dalam kereta tu. Baik saya ikut je awak. Boleh juga tengok sifat membazir awak tu makin berkurang ke bertambah! ”. Jawab Akmal.

Terus terjegil mataku memandangnya. Membazir ke aku ni? ” Awak ni boleh tak kalau cakap benda yang menyenangkan hati saya sikit? Asyik nak kutuk saya je!”. Terusku mengusung troli ke hadapan.

” Okeylah, nak yang menyenangkan hati ek? Erm, awak tahu tak saya sayang sangat kat awak. Hari-hari saya asyik teringat kat awak. Makan pun tak kenyang. Mandi pulak macam tak mandi je. Waktu malam pulak.........”.

” Dah-dah. Cukup! Tak payah nak merepek. Lagi sakit hati saya dengar. Awak jaga troli ni. Saya nak pergi serbu sale baju kat sana jap. ”. Aku berkata sambil berlalu meninggalkan Akmal. Kalau layan dia bercakap memang aku tidak akan menang.

Aku membelek baju-baju yang terlonggok di situ. Terus ku ambil 2 pasang baju yang berkenan di hati. Sepasang blouse dan sepasang t-shirt. Kedua-duanya berwarna hijau. Biasalah, peminat setia hijau. Warna lain memang tidak kupandang langsung.

Akmal datang lalu berdiri di hadapanku. Terus dia mengambil baju yang berada di peganganku. Agak lama dia membelek baju tersebut. ” Erm, yang ni ke barang dapur yang awak nak cari tu? ”.

” Hish, ada pulak awak ni! Ni bukan barang dapur lah. Awak dah tak dapat bezakan pakaian dengan barang dapur dah ke? ”. Tanyaku.

” Oh, pakaian rupanya. Ingatkan barang dapur. Yelah, ada orang tu pagi tadi cakap nak beli barang dapur. Saya ingat yang ni lah barangnya. ” Jawab Akmal.

” Huh, malas lah nak layan awak!”. Aku terus mengambil baju-baju tadi dan memasukkannya ke dalam troli.

Akmal mengeluarkan kembali pakaianku dan berkata, ” Awak ni sakit mata ek? Dah tak nampak warna lain ke? Asyik warna hijau je awak tengok. Kesian dekat warna lain. ”

” Awak ni sibuklah. Tak ada kena mengena dengan awak pun kalau saya beli t-shirt hijau ni. ”

” Siapa kata takde kena mengena? Saya malu berjalan dengan awak tau tak? ”. Jawab Akmal.

” Apasal pulak malu? Bukannya saya pakai yang tak senonoh pun! ”. Geram pula aku mendengar kata-katanya. Kalau malu kenapa duk ikut aku lagi?

” Bukan macam tu. Maksud saya, setiap kali berjalan dengan awak, rasa macam berjalan dengan pokok pisang. Hijau je memanjang! ”.

Akmal terus menghulurkan sehelai t-shirt berwarna pink. ” Haa, cuba pakai yang ni. Mesti cantik. ”

” Ish, taknak lah saya. Warna ni perempuan sangat. Saya suka hijau. Nampak sejuk je mata memandang. Tapi kalau awak minat warna pink ni memang saya tak heran sangat lah. Siap pakai helmet pink lagi semalam! ”. Seronok pula aku memperli dia hari ini.

” Awak! Helmet-helmet pink ni jangan disebut ok! Buat malu je. Saya pakai sebab terpaksa je tau. Kalau tak mesti awak tak nak keluar dengan saya ”. Jawab Akmal.

Aku terus menjelirkan lidah kepada Akmal dan menggerakkan mulut menyebut perkataan ‘padan muka’. Kemudian aku menolak troli ke bahagian makanan. Aku bercadang mahu memasak tomyam hari ini. Terusku menuju ke bahagian ayam segar dan mula memilih daging yang sesuai. Akmal hanya memerhatiku. Pandai pula dia berdiam diri hari ini. Tidaklah penat sangat aku nak melayannya.

Kemudian aku menuju ke bahagian sayur-sayuran dan memilih sayur kobis, cili merah, dan batang serai. Kedengaran Akmal bertanya, ” Awak nak masak apa hari ni? Macam nak buat tomyam je”.

” Hurm, memang pun! ”. Pandai jugak dia meneka. Jarang aku jumpa lelaki yang mengambil tahu hal masakan ni.

” Wah, mesti sedap kan? Nanti bila dah masak jangan lupa jemput saya datang rumah ye..? ”. Tanya Akmal sambil membelek sayur bayam di hadapannya.

” Eh, tak malunya awak ni. Jemput diri sendiri pulak tu. Sorry, saya buat rumah tertutup hari ini. Kalau nak jugak, pergi cari kat kedai makan di luar ye. ” Jawabku sambil mengusung troli ke hadapan. Niatku adalah untuk mencari stok barang dapur untuk Nisa kerana minggu lepas dia yang membeli. Walaupun aku akan berkahwin tidak lama lagi tetapi giliran untuk membeli minggu ini tetap tidak kuabaikan.

” Ala, kedekut lah awak ni. Takpelah, nanti bila kita dah kahwin siaplah awak. Jangan harap saya nak makan kalau bukan awak yang masak. ” Ugut Akmal sambil tersenyum-senyum.

” Oh,yeke? Baguslah macam tu. Biar awak mati kelaparan! “. Aku menjawab. Padan muka dia! Aku lihat Akmal sudah mula menarik muncung. Mungkin merajuk denganku. Dia terus pergi meninggalkanku. Entah ke mana dia pergi aku pun kurang pasti. Biarlah dia. Buang masa je aku melayannya.

Namun dia muncul kembali 15 minit kemudian. Wajahnya sudah tidak bermuncung lagi. Ketika itu aku sedang membelek tin sardin. Aku melihat isi kandungannya dan tarikh luput.

” Haa, part ni lah yang saya paling tak suka kalau meneman awak membeli belah! Awak tu terlampau teliti kalau pasal barangan makanan ni. Nak beli satu barang pun sampai dekat 10 minit awak belek. Tengok expired date lah, tengok isi kandunganlah, tengok kandungan nutrien lah. Silap-silap sekali dengan nombor telefon kilang tu pun awak boleh hafal! Mentang-mentanglah kerja bahagian makanan! ”. Akmal menjawab dengan muka selambanya.

’ Dahsyat sangat ke aku ni? Macam tu sekali ke perangai aku? ’. Monologku dalam hati. Sungguh! Aku memang tidak perasan langsung akan tabiatku itu. Patutlah Nisa seakan-akan malas setiap kali aku mengajaknya menemaniku membeli belah. Rupa-rupanya tak sanggup nak menunggu lama-lama.

” Bisinglah awak ni. Pergilah main jauh-jauh. Mengganggu je proses memilih ni”. Terusku menolak Akmal ke tempat lain. Rasa malu pula dengan perangai aku ni. Nak buat macam mana, dah 4 tahun aku mendalami pasal makanan ni. Dah sebati dah dengan hidupku. Akmal lainlah, dia orang fizik. Memang takkan faham dengan bidangku ini.

Tiba-tiba Akmal menarik tin sardin dari peganganku. ” Eh, jap ! Bukannya dalam makanan bertin ni ada bakteria Clostridium Botulinum ke? ”. Tanya Akmal.

” Hah! Mana awak tahu ni? Awak pun kerja bahagian makanan ke? ”. Rasa pelik bersarang di hatiku. Memang ku akui terdapat bakteria tersebut, namun di zaman teknologi makanan yang semakin membangun ini, bakteria tersebut mampu dihapuskan dengan kehadiran bahan pengawet yang bersesuaian.

Akmal sudah mula tersenyum-senyum. ” Awak dah lupa ke waktu kita di universiti dulu. Kan kita selalu study bersama-sama bila exam dah nak dekat? ”.

Haa, baru aku teringat saat-saat itu. Aku sering mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Akmal pula sibuk mahu mengikutku bersama-sama.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

” Awak ni, tak payahlah ikut saya. Saya kalau waktu study saya suka bercakap seorang diri. Kang awak kata saya gila pulak”. Aku tidak membenarkan Akmal mengikutiku.

” Alah, boleh la awak. Paper saya next week. Biarlah saya temankan awak. Saya janji tak kacau awak study punya. Saya dengar je awak cakap. So, awak pun takdelah nampak macam orang gila sangat nanti “. Akmal merayuku. Ketika itu kami dalam bas komuter. Motorsikal Akmal berada di bengkel ketika itu. Kami sama-sama berjalan ke perpustakaan selepas tiba di perhentian komuter berdekatan perpustakaan.

Di dalam perpustakaan, aku membelek bab pengawetan makanan. Terusku bertanya kepada Akmal, ” Apa awak fikir kalau ternampak makanan dalam tin? Contohnya sardin. ”

Aku cuba untuk mengkaitkan bab yang baru ku baca dengan kehidupan seharianku.

Terkebil-kebil Akmal memandangku. Lalu dia menjawab setelah berfikir lama,
” Err, kalau saya, saya terfikir macam mana kalau tin sardin itu dapat terbang dengan kelajuan 30km per saat, daya pecutan dan daya graviti kalau mengikut Hukum Newto.........”.

” Argh, sudah!! Stop! Lagi pening saya nak study macam ni. Susahlah bercakap dengan orang fizik ni. Semua benda nak diterbangkan. Silap-silap saya pun awak nak terbangkan! ”. Aku membalas lalu menelaah kembali buku di hadapanku.

” Huhu, sorry lah awak. Saya bukannya tahu sangat bab-bab makanan ni. Saya tahu makan je. Kenapa dengan tin sardin tadi? ”. Tanya Akmal. Mungkin dia berminat mahu mengetahuinya.

” Sebenarnya dalam makanan bertin ni, ada satu jenis bakteria yang berpotensi untuk hidup. Namanya Clostridium Botulinum. Kalau awak termakan bakteria tu, dalam masa 24 hingga 48 jam awak akan jadi arwah dah.” Aku menerangkan kepada Akmal apa yang aku faham dari kuliahku.

” Haa, betul ke ni? Saya tak nak lah makan sardin dah lepas ni! Kang tak pasal-pasal kita tak sempat.........”

Kringggggggggggggggg!!!!!!! Tiba-tiba bunyi loceng kedengaran menandakan perpustakaan akan ditutup dalam masa 10 minit. Aku terus mengemas bukuku dan bersiap untuk pulang. Akmal juga sudah berdiri untuk pulang bersamaku. Tidak sempat aku mahu memberitahunya bahawa makanan bertin sebenarnya selamat dengan kehadiran bahan pengawet yang mampu menghalang pembiakan bakteria tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

” Wah, awak masih ingat lagi ek apa yang saya cakap dulu. Dahsyatlah awak ni! ”.
Aku memuji Akmal. Aku sendiri sudah ingat-ingat lupa akan subjek aku dahulu.

” Mestilah, apa-apa yang berkaitan dengan awak memang saya susah sangat nak lupa. Warna baju awak waktu first date kita pun saya masih ingat tau? ”. Akmal menjawab.

Yang ni memang aku tak mampu nak memujinya kerana pastilah aku memakai warna hijau. Warna lain memang jarang mendapat tempat di hatiku.

”Eleh, yelah tu. Yang tu saya pun ingat! Eh, dahlah. Jom lah kita balik. Dah lama dah kita kat sini.” Aku mengajak Akmal pulang. Sebelum itu, sempat ku capai barang-barang dapur yang lain.

” Sekejaplah, ada 1 benda yang awak terlupa nak beli ni.” Akmal menghalangku. Dia mencapai tin susu tepung dan menghulurkannya kepadaku.

” Hah! Nak buat apa ni. Saya bukannya reti nak minum susu! ”. Aku bertanya kepada Akmal. Ingat aku budak-budak lagi ke nak minum susu?

” Hehe, saja je. Nak bagi awak jadi tinggi sikit! ”. Jawab Akmal sambil terus mengusung troli ke kaunter pembayaran.

’ Argh!! Jahatnya dia! Mentang-mentanglah aku ni rendah! ’. Jeritku dalam hati.

Aku terus mengikutinya. Dah penat aku melayannya bercakap. Ada sahaja yang mahu diejeknya. Biarlah dia menang berbalah hari ini. Eh, pernah ke aku menang sebelum ni??

Setibanya di kaunter, aku mula mengeluarkan barang-barang ke atas kaunter. Dompet yang berada di dalam beg tangan ku capai. Tiba-tiba aku lihat Akmal berdiri di hadapanku. Dia juga mengeluarkan dompetnya.

” Eh, awak nak buat apa ni?”. Aku bertanya.

” Biar saya bayarkan hari ini.”

” Tapi ni kan barang-barang saya. Sayalah yang kena bayar! ”. Aku terus berbalah dengan Akmal. Bukankah aku yang sepatutnya bayar? Tiada satu pun barangnya yang tersesat dalam troli ini.

Tiba-tiba terdengar cashier berkata, ” Boleh tolong cepat sedikit tak? Ramai orang tengah beratur di belakang tu. ”.

Terusku menoleh ke belakang. Ya Allah, ramainya! Ada lebih kurang 7 hingga 10 orang sedang memerhatikan drama aku dan Akmal. Aku membiarkan Akmal membayar dan terus mengusung plastik barang ke keretanya. Malu sungguh ku rasa ketika itu. Akmal hanya mengikutku dari belakang. Entah bagaimana reaksinya aku tidak tahu.

Di dalam kereta, aku menghulurkan duit sebagai bayaran barang-barangku tadi kepadanya.

” Awak ni memang degil eh? Biarlah saya bayarkan ”. Jawab Akmal sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

”Saya dah kerja lah. Awak ingat saya tak mampu nak bayar ke ?. ” Geram juga aku dengan Akmal. Ingat aku ni takde duit ke?

” Bukan. Sebenarnya saya tengah practice ni ”. Jawab Akmal sambil tersengih-sengih. Aku amat faham akan maksud senyumannya ini. Senyuman untuk mempermainkan ku!

” Practice?? Awak nak practice apa pulak? “. Aku bertanya kepada Akmal. Rasa maluku terhadap orang ramai yang beratur tadi kembali menjelma. Dia nak practice untuk memalukan aku depan orang ramai kah?

“ Sebenarnya, saya nak practice berbelanja untuk bakal isteri saya ni. Bila dah kahwin takkanlah awak nak keluarkan duit untuk barang dapur kita. Tambahan pula saya nak practice siap-siap untuk sifat membazir awak tu. Nanti bila duit gaji saya habis awal bulan, takdelah terkejut sangat!”. Jawab Akmal. Dia masih lagi tersenyum mengejek kepadaku.

“ Ahh! Malas lah nak layan perangai awak ni! Buat sakit hati je. Dahlah, jom lah balik. Malas nak mengadap muka awak lama-lama!“. Aku menjawab.

”Yelah-yelah, kita balik. Bergurau sikit pun nak marah! ”. Akmal menjawab sambil menghidupkan enjin keretanya. Terusku teringat untuk memakai tali pinggang keselamatan. Kang tak pasal-pasal dia berhenti secara mengejut di tengah jalan nanti!

Kereta Akmal meluncur laju. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Akmal juga begitu. Namun aku tidak pasti apa yang berada di fikirannya ketika ini. Mungkin dia sedang berfikir cara-cara untuk mengenakan aku lagi.

Kami tiba di rumahku 30 minit kemudian. Aku terus membuka pintu keretanya dan berura untuk keluar. Terdengar suara Akmal memanggilku.

” Awak, tunggu jap”. Dia terus mengambil plastik yang berada di tempat belakang.
Entah bila plastik itu berada di situ tidak pula ku ketahui.

” Emm, saya harap awak tak marah dengan pemberian saya ini. Awak sentiasa cantik di pandangan mata saya. Tetapi kalau awak menggunakan barang ini mesti awak bertambah manis. ” Akmal berkata lalu menghulurkan plastik tersebut. Dia terus bergerak meninggalkanku setelah mengucapkan selamat tinggal.

Entah apalah yang diberinya. Aku terus membuka plastik itu sejurus selepas aku masuk di dalam bilik. Aku berasa sedikit terkejut melihat barang tersebut.

----------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Thanx 4 reading! Untuk entry seterusnya, maybe sy akn pos agak lambat sedikit. Exam dah dekat, buku pun tak bukak lagi. Wish me luck ye? Hehehe…