Setibanya di rumah, aku terus mencari kelibat Nisa. Rasa geram bermukim di hati kerana dia memberitahu Akmal akan janjiku itu. Entah di mana dia memperoleh nombor telefon Akmal, sedangkan aku sendiri sudah lama senarai hitamkan nombornya. Aku terdengar Nisa bernyanyi-nyanyi kecil di dalam biliknya. Terus aku membuka pintu biliknya.

” Nisa!! Kenapa kau bagitau Akmal pasal perjanjian kita?? Aku tak nak kahwin dengan dialah! ”. Aku terus memarahi Nisa. Wajah Nisa sudah sedikit ketakutan.

” Err, janganlah marah Farah. Aku sendiri pun tak sangka dia boleh tahu.” Terketar-ketar Nisa menjawabnya.


” Apa maksud kau? Mesti kau yang bagitahu Akmal kan?? Kalau tak, macam mana dia boleh tahu? ”. Rasa kasihan pula aku tengok wajah Nisa yang ketakutan ketika ini. Tapi kemarahan terhadap Akmal itu menyebabkan aku terpaksa berbalah dengan kawan baikku ini.

” Aku tercerita pasal janji kau dekat Aidil. Tapi masalahnya si Aidil pulak tercerita dekat Akmal. Akmal sebenarnya rakan sekerja Aidil. Dah dekat 6 bulan dah sejak Akmal berpindah ke situ. ”

” Haa, betul ke ni? Kau tipu je kan? ”. Teringat aku akan lakonan aku dan Aidil. Cis, penat je aku puji lakonan cemerlang Aidil. Penipu! Sama macam Akmal!

” Betullah, aku tak tipu. Aku sendiri pernah terserempak dengan dengan Akmal masa buat operasi lawatan secara mengejut di tempat kerja Aidil. ” Suara Nisa sudah mula perlahan. Mungkin masih takut aku memarahinya lagi.

” Aik? Waktu bila kilang kita ada buat lawatan ke tempat diorang pulak? Kenapa aku tak pernah tahu pun? ”. Terus aku bertanya kepada Nisa. Seingat aku kilang aku tidak pernah buat lawatan macam itu. Apatah lagi ke ke tempat kerja Aidil yang langsung tiada kaitan dengan pembuatan susu di kilangku. Kali terakhir pun lawatan tahun lepas. Itu pun cuma ke kandang lembu dekat Perak je. Mengkaji pasal pembuatan susu secara tradisional!

” Err, adalah. Huhu, kau tak ingat ke bulan lepas aku pernah kata ada rakan sekerja Aidil minat kat dia. Terus aku buat lawatan mengejut pagi esok tu. Selamat dia tak curang kat aku. Hehe.. ” Wajah Nisa sudah kemerahan. Malu agaknya dengan perangai serkap jarangnya itu. Patutlah aku tengok dia marah-marah masa pagi tu, tapi bila dah pulang dari jumpa Aidil boleh duk tersengih seorang diri pula.

” Kau ni cepat cemburu sangatlah. Buat malu je aku nak mengaku housemate. Tapi kenapa kau tak pernah bercerita langsung pasal Akmal kat aku? ”.

” Aku tahu kau marah sangat kat dia, sebab tu lah aku tak berani nak bagitahu. Masa korang baru-baru putus pun aku tengok perangai kau dah lain. Sampai tak nak kawan dengan lelaki. Kalau aku bagitahu nanti, kau terus tak nak kawan dengan perempuan lak. Habis tu, dengan sapa pulak kau nak kawan? Hehehe.. ”. Sempat pula Nisa bergurau di saat-saat aku tengah marah ni. Tapi betul juga katanya tadi. Lelaki aku tak nak kawan, perempuan pun tak nak jugak. Aku nak kawan dengan siapa? Takkan nak tumpang Sheikh Muzaffar merantau ke planet lain cari makhluk baru pulak?

” Emm, selamat kau tak bagitahu ye. Hah, kau tahu tak, disebabkan kelancangan mulut kau tu aku kena berkahwin dengan dia minggu depan tau! Habislah aku macam ni. ”

” Takkan cepat sangat dia mintak? Gelojoh juga ye dia. Yes! Lepas ni mesti aku cepat jadi makcik. Hehehe! Kau lahirkan paling kurang pun 2 orang tau? Boleh aku curi seorang jadi peneman aku time hujung minggu”. Nisa sudah mula tersenyum-senyum.

Aku terus membaling bantal yang berada di atas katilnya.

”Oit! Ke situ pula kau fikir ek? Aku sendiri pun tak terfikir sampai ke situ. Dahlah, penat aku melayan kau. Baik aku tidur, penat otak aku berfikir hari ni ”. Terus aku berbaring di atas katil Nisa. Keakraban aku dan Nisa membuatkan kami tak sempat nak merasa kekok terhadap diri masing-masing.

” Hurm, tidurlah puas-puas kat katil aku tu. Lepas ni susah dah kau nak tidur di situ. Err, sebelum tu ada satu benda aku nak bagitahu kau.”

” Apa dia? Kezutan lagi ke?”

” Emm, maybe. Sebenarnya Akmal ada tanya aku pasal kau sebelum ni. Dia minta nombor telefon kau. Pandai ye kau lesap terus dari hidup dia. Dia kata dia mencari kau selama 2 tahun ni. ”

Mataku sudah kembali menyinga. ” Kau bagi ke nombor telefon aku? Baik kau cakap cepat! ”.

Dengan tergagap-gagap Nisa berkata, ” Err, mana ada. Aku tak bagi pun! Err, aku nak pergi tengok tv jap. Kau tidurlah dulu ye”. Terus Nisa berlari ke ruang tamu.

’Lain macam pula aku tengok perangai dia. Takkan terlampau semangat dia nak pergi tengok tv. Ada cerita best kot malam ni ’.

Aku terus membaringkan diri. Tiba-tiba terdengar deruman scooter Nisa. Dan ketika itu juga telefonku berbunyi menandakan ada satu kiriman SMS.

* Farah. Sbenarnya aku terbagi no kau dkt Akmal. Jgn marah tau. Raya nak dekat ni. Maaf zahir batin ye..huhu

“ Argh, Nisa!!!!!!“.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 September 2009

Hari ini aku terpaksa pergi ke kilang dengan menaiki bas gara-gara rasa mogokku terhadap Nisa. Selalunya aku pergi dengan membonceng scooter Nisa. Nisa sudah berkali-kali meminta maaf dariku, namun aku tekad untuk memberi pengajaran kepadanya. Biar dia tidak berani untuk membuat sesuatu di luar pengetahuanku lagi. Nisa juga sudah keluar lagi awal dariku. Mungkin nak menunjukkan rasa tak puas hati kerana aku tidak mahu memboncengnya lagi.

Aku kerling jam di tanganku. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Adakah jam ini masih mempunyai pasangannya lagi? Hanya jam ini sahaja kenangan yang masih tinggal ketika aku bersama Akmal. ’Jam pasangan’ ini sentiasa aku jaga dengan baik. Ini adalah kerana aku yang membelinya sebagai hadiah lahir kepada Akmal. Kalau dia yang beli tidak mustahil jam ini juga aku bakar.

Aku terus pergi ke tempat menunggu bas walaupun waktu aku bekerja masih tinggal lagi 2 jam. Sempat aku mengutip tin minuman yang menghalang perjalananku dan buang ke dalam tong sampah. Mesti penduduk di sekitar taman ini yang membuangnya.

Setibanya di tempat perhentian bas, kelihatan seorang perempuan Cina menggalas beg di celah ketiaknya. Mungkin mahu ke pasar. Dan ada seorang lelaki berjubah putih mengenakan kaca mata hitam baru tiba di satu sudut di tepi perhentian bas tersebut. Wajahnya kulihat agak berserabut dengan janggut yang tebal. Aku tidak pasti samada aku tersilap pandang atau tidak tetapi aku dapat rasakan dia sedang memerhati kearahku.

Bas tiba beberapa minit kemudian. Aku terus menaiki bas dan duduk di kerusi yang agak belakang. Lelaki berjubah tadi turut mengambil duduk di belakangku. Mujurlah dia tidak duduk di sebelahku. Aku lebih selesa duduk seorang diri ataupun di sebelah perempuan.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teringat pula kenanganku bersama Akmal suatu ketika dulu.

Sewaktu itu aku masih berada di tahun terakhir di pengajianku. Aku dalam perjalanan pulang ke kampungku di Kedah. Akmal masih belum membeli kereta kerana keadaan kewangan yang masih belum mengizinkan. Dia pula baru sahaja bekerja di sebuah syarikat di Pulau Pinang.

” Awak dah ada di mana ni sayang? ”. Akmal menelefonku.

” Emm, baru je naik bas di Butterworth. Tapi bas tak jalan lagi. Tengah tunggu orang penuh dulu kot ”. Jawabku sambil meletakkan beg di hadapan tempat dudukku.

” Oh, kalo macam tu lambat lagilah awak nak sampai rumah. Hah, awak duk sebelah siapa tu? Lelaki ke perempuan? Tua ke muda? ”. Suara Akmal sudah berbaur cemburu.

” Lelaki, muda lagi kot. Kenapa? ” Sempat ku kerling ke arah jejaka di sebelahku ini. Nampak hensem juga. Hehehehe..

” Kenapa awak tanya lagi?? Awak tu dah lah ada penyakit pelik, suka tertidur dalam bas. Buatnya dia buat benda tak senonoh kat awak mesti awak tak sedar punya. Awak pindahlah tempat duduk sebelah perempuan. ” Jawab Akmal sambil mula merayu kepadaku.

” Tempat lain dah penuhlah awak. Yang kosong satu lagi pun sebelah lelaki jugak. Takpalah awak, jangan risau. Saya cuba takkan tertidur hari ni. Awak pergilah buat kerja awak tu dulu ”. Teringat pula Akmal masih bekerja ketika ini.

” Okey, jangan tidur ye sayang. Nanti saya mesej awak.”

” Okey, bye ”. Aku terus menamatkan panggilan. Entah macam mana aku nak buat tak nak bagi tertidur ye? Baik aku dengar mp4 yang aku pinjam dari Nisa tadi. Lagu My Heart nyanyian Acha dan Irwansyah kedengaran. Semakin lama semakin sayup aku dengar lagu itu. Dan seperti biasa, aku tertidur lagi...................................

Tiba-tiba kedengaran telefon bimbitku berbunyi bising. Aku terus menjawab panggilan dalam keadaan mamai.

” Irwan....”. Tanpa sedar aku tersebut nama Irwansyah. Mungkin kerana aku mendengar lagunya tadi.

” Irwan??? Farah, siapa Irwan pulak ni? Awak ni, penat saya hantar mesej kat awak tau. Dah berpuluh mesej saya sent tadi. Hah, sapa Irwan tu? Lelaki sebelah awak tu ke? Cakap cepat! Kalau tak, sekarang jugak saya pergi highway cari bas awak.! ”. Akmal menghambuskan kemarahannya.

” Sorry-sorry. Saya tertidur tadi. Tiba-tiba termimpi Irwansyah pula. Sory lah awak. Janganlah marah dah. “. Aku memujuk Akmal. Dia memang seorang yang kuat cemburu.

“ Hai awak ni. Macam mana boleh tertidur lagi ni? Nanti bila dah cukup duit saya nak beli kereta. Masa tu jangan harap awak boleh naik bas lagi. Faham? ” Suara Akmal sudah kembali normal. Mungkin dia sudah tidak berasa marah lagi.

”Yelah, saya fahamlah. Awak duk call saya ni bos awak tak marah ke? Awak tu dahlah baru je kerja kat situ. ” Kasihan pula aku dengan Akmal ketika ini.

” Saya sanggup hilang kerja ni dari hilang awak tau? Sekarang awak kena bersembang dengan saya sampai awak tiba di Kedah nanti. Kalau tak mesti mamat sebelah awak tu mengambil kesempatan kat awak ”. Ku kerling lelaki tak bersalah di sebelahku ini. Nyata dia sedang nyenyak tidur.

” Dia dah tidur lah awak. Awak ni selalu fikir bukan-bukan. ”

Aku berbual dengan Akmal sepanjang perjalananku ke Kedah. Mujurlah Akmal memakai bil, tidak perlu menambah nilai prepaidnya. Kalau tidak, entah berapa ringgit yang terpaksa dibayarnya untuk menelefonku petang itu.

Keesokan harinya dia mengadu padaku. Bosnya menghantar kad kuning kepadanya! Huh, aku dah kata dah semalam. Dia yang tak nak dengar. Mujurlah bukan kad merah!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiba-tiba aku mendengar jam loceng yang sangat kuat. Bunyinya begitu dekat di telingaku. Entah siapa yang guna jam loceng di dalam bas ketika ini. Aku terus memandang ke luar. Hah? Dah nak sampai! Terus aku bangun memicit loceng agar bas berhenti. Rupa-rupanya aku tertidur sepanjang perjalanan yang tak beberapa panjang tadi. Mujurlah ada orang tersilap kunci jam loceng tadi.

Aku terus turun ke tempat kerjaku. Nisa yang sudah tiba terlebih dahulu tersenyum-senyum ke arahku. Hairanku melihatnya. Bukankah kami sedang berperang dingin tadi?

” Hai Farah, seronok tak naik bas tadi? Kau ada jumpa sapa-sapa tak? ” Tanya Nisa apabila aku berjalan menghampirinya.

” Kau perli ke apa ni? Mana ada aku jumpa sapa-sapa pun. Mamat berjubah putih adalah”. Teringat pula aku akan lelaki yang duduk di belakangku itu.

”Hurm, hensem tak mamat berjubah putih tadi ? ”.

” Kau ni kenapa? Aidil buat hal lagi ke sampai kau boleh nak cari lain ni? ”. Aku terus meninggalkan Nisa. Entah apa angin kawan baikku hari ni. Nisa pantas berlari mengikutiku sambil menggaru-garu kepalanya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku melalui hari ini seperti biasa. Tiada satu panggilan atau satu mesej pun yang aku terima dari Akmal. Mesti dia bermain-main saja untuk mendapatkan kembali gelaran juara carta lelaki yang paling aku sayangi itu.

Aku melayari internet pada malam itu. Sedang aku leka bermain kuiz di Facebook, satu emel kuterima. Entah siapa yang menghantarnya aku kurang pasti. Terus aku membukanya.

* from : Mr Sudu

Eh, macam kenal je gelaran tu. Aku terus melihat emelnya. Ada 7 keping gambar yang dikirimkannya. Aku membelek gambar-gambar tersebut.

Terkejut aku melihatnya! Semua itu ialah gambarku! Gambarku sedang memakai kasut di hadapan rumahku. Gambarku membuang tin minuman ke dalam tong sampah. Gambarku sedang menunggu bas pagi tadi serta beberapa keping lagi malahan gambar pemandu bas yang aku naiki tadi juga ada! Tambah mengejutkanku ialah sekeping gambar aku tertidur di atas bahu lelaki berjubah putih ! Siapakah pengirim itu? Adakah lelaki berjubah putih tadi yang menangkap gambarnya? Tapi bukankah lelaki itu duduk di belakangnya tadi?

Pantasku membaca apa yang ditulis di muka surat seterusnya.


’ Assalamualaikum Farah.
Saya meminta maaf sekiranya mengganggu ketenteraman awak dengan kiriman gambar-gambar ini.
Saya harap awak tidak lagi tidur di dalam bas. Mujurlah saya yang baik hati ini yang duduk dekat dengan awak. Kalau tak, entah apa lah yang terjadi dekat awak nanti.
Dahlah tidur tak ingat dunia. Sampaikan saya terpaksa meminjam loceng amoi sebelah ni nak kejutkan awak tau!
Sory lah ye, saya duduk di sebelah awak sewaktu awak sedang tidur tu. Yelah, kasihan lah pulak tengok awak asyik duk terhangguk-hangguk tidur.
Fuh, dahsyat betul awak tidur ek? Sampai terhantuk kat dinding bas tu tau tak? Tapi awak nampak comel sangat waktu tu. Macam baby je. Terus saya tumpangkan bahu saya yang sasa ni di sebelah awak.
Hurm, awak mesti tak perasankan saya kan tadi? Hehe, hebat juga make up makcik Nisa ni.
Err, jangan gaduh dengan dia lagi ek? Kalau awak nak marah, awak marah je terus saya ni. Kesian housemate awak tu, punyalah dia risau keadaan awak naik bas sampaikan terus contact saya minta temankan awak. Mujurlah saya cuti hari ni
Okeylah, awak. Pergilah tidur. Jangan rasa terharu pulak. Hehehe..’

Kurang asam betul Mr Sudu ni! Memang aku terharu pun!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------