Akmal mencuitku tidak beberapa lama kemudian. Aku memerhatikan keadaan sekeliling lalu menoleh kepadanya. Aneh! Mana Genting?

“ Kenapa berhenti di sini? “. Terusku bertanya kepada Akmal. Walaupun aku tak pernah menjejakkan kaki ke situ namun aku pasti tempat ini bukan Genting Highlands.

Akmal keluar dari tempat duduknya dan bersandar di pintu sebelahku.

“ Saja. Nak memujuk hati yang tengah lara ni . Nak harap orang tu pujuk, memang takkan dapat lah.” Akmal memperli tanpa sedikit pun memandangku. Lantas aku membuka pintu kereta dan bersandar di pintu sebelahnya.

“ Awak merajuk ke? “. Aku bertanya sambil meninjau bangunan di hadapanku. Entah mengapa Akmal memberhentikan keretanya di sini. Betul-betul di kawasan sebuah universiti. Kawasan di sini agak lenggang. Namun tidak sempat pula aku melihat nama universiti ini ketika di pintu masuk tadi. Mungkin kerana sibuk termenung memikirkan perangai Akmal.

“ Awak.. Awak merajuk ke? “. Aku bertanya sekali lagi setelah tiada jawapan darinya.

“ Hari-hari makan tauhu, jangan buat-buat tak tahu! “. Akmal menjawab. Berpantun lah pula.

“ Awak ni.. Berpantun-pantun pulak. Kan senang kalau mengaku je awak merajuk.” Sengaja aku bermain-main dengannya. Menyejukkan hati yang tengah panas.

“ Kalau merajuk, ada orang nak pujuk ke? “. Akmal menjawab. Dia menghalakan pandangannya ke arah sebuah bangunan di situ. Kalau tak silap kiraanku, itu ialah asrama.

“ Nanti saya cari orang untuk pujuk awak. Boleh?”. Aku bergurau sambil tersenyum ke arahnya, namun senyumanku termati di situ apabila tiada senyuman balasan darinya.

‘ Macam mana ni? Aku mana reti pujuk-pujuk orang ni…. Mak, tolong! ‘. Aku menjerit dalam hati.

“ Harimau ke hutan mencari kasih baru, hatinya merajuk kenapa gajah pula yang pujuk? “.

“ Eh, awak berpantun lagi ke? Kenapa bunyinya lain macam je? “. Aku bertanya. Sejak bila lah dia pandai berpantun?

“ Takdelah. Bersajak! “. Akmal menjawab namun aku sempat melihat dia tersenyum kecil. Mungkin berasa lucu dengan sajak ciptaannya itu.

Dia terus menekup mulut apabila merasakan aku melihatnya. Aku terus ketawa berdekah-dekah melihat telatahnya. Malah siap mengetuk-ngetuk pintu keretanya. Ketawaku semakin kuat apabila melihat dia menarik muka masam. Comel!

“ Hish, awak ni teruk lah. Cuba lah control sikit perangai awak depan bakal husband awak ni. Ketawa mengalahkan lelaki. Sajak saya tu ada maksud tau? Awak ni…..”.

“ Ops! Sorry.. Comellah muka awak tadi. Nak marah tapi senyum-senyum. Tak pandai cover betul! . Yelah, saya faham lah maksud awak tadi. Pasal seekor harimau yang pergi ke hutan mencari sebuah cinta baru, mungkin merajuk dengan bini harimau yang tak pandai pujuk. Siap dipujuk oleh gajah lagi. Betul tak? Eh, harimau dengan gajah boleh berkawan ke? “.

Akmal terus menarik geram hidungku dengan tangannya.

“ Auw! Sakitlah. Awak ni, mentang-mentanglah hidung saya tak semancung hidung awak!. “. Akmal masih menarik hidungku.

“ Padan muka! Awak paham tak maksud saya tadi? Harimau tu saya, bini harimau tu awak. Faham? “.

Aku hanya mampu mengangguk.

“ Nak kena tarik hidung lagi tak? “.

Aku menggeleng-geleng laju. Sakit! Dia menurunkan tangannya ke bawah, melepaskan hidungku.

“ Boleh tak saya buat macam harimau tu? Mencari kekasih lain? “. Akmal bertanya sambil menunjukkan riak wajah yang tegas. Namun aku yakin dia hanya bergurau.

“ Pergilah cari! Tak kisah pun!”. Aku menjawab

“ Betul ni? “. Akmal bertanya lagi. Aku hanya memalingkan muka ke tepi. Malas aku mahu memandangnya. Namun di dalam hatiku berkata, ‘ buatlah kalau berani!’.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Akmal beredar beberapa langkah dariku. Mungkin mahukan privasi. Aku cuba mencuri dengar perbualannya.

“ Hello. A’ah, dah sampai kat bawah ni. Honey bila nak turun? Abang tengah panas ni…”. Akmal berkata sambil menoleh ke arahku. Tumpuanku terhenti namun aku amat yakin aku mendengar perkataan itu.

Honey? Siapa tu? Dengan aku pun bersaya-awak je. Takkan dia betul-betul curang kot?‘. Aku berandaian sendirian. Terbayang-bayang akan tindakannnya dua tahun lepas.

Akmal meletakkan telefon beberapa minit kemudian. Dia menoleh lalu tersenyum ke arahku. Aku berjalan ke arahnya.

“ Kenapa kita ke sini? Cari siapa?”. Aku cuba berlagak seolah-olah tidak terkesan langsung akan dengan panggilannya tadi.

“ Tunggu seseorang. “. Akmal menjawab ringkas.

“ Tunggu siapa? Honey awak tadi ke? “. Aku mula menyiasat. Akmal mengunci keretanya dan menarik tanganku menuju ke pondok rehat di situ.

“ Hai, lain macam je bunyi? Are you jealous? “. Akmal berkata setelah kami sama-sama duduk di situ.

No way! That is not my business!” . Aku memalingkan muka ke arah lain. Sudah gaharu, cendana pula!

“ Amboi! Dah mula speaking nampak? Marah bebenor ni. “. Akmal mula bermain-main perasaan dengan aku.

Dia menyambung, “ Kenapa awak tak mengaku saja yang awak sayang saya? “.

Aku kembali menoleh ke arahnya. Dia sedang merenungku. Aku tertunduk kembali.

“Saya tak sayangkan awak lah . Perasan! “ . Aku cuba berlagak seperti biasa. Tetapi aku menundukkan wajah tanpa sedikit pun melihat ke dalam matanya.

“ Cuba awak cakap lagi sekali. Dengan tengok muka saya yang kacak ni! “. Akmal mengarahku namun masih sempat bergurau. Cuma aku jsahaja yang jadi tak keruan untuk sama-sama bergurau dengannya.

“ Saya tak sayangkan awak..” . Aku berkata sambil tetap tertunduk ke bawah. Rimas aku berada di situasi ini. Situasi di mana Akmal akan menang kalau berterusan memaksa aku.

Akmal menolak daguku menghadap ke wajahnya membuatkan aku merenung matanya dalam-dalam. Terdapat sinar cinta di situ. Aku yakin dia amat sayangkan aku, malah mungkin melebihi rasa sayangku kepadanya.

“ Awak janganlah paksa saya. Saya takutlah.” Aku berkata sambil berterusan memandangnya. Dalam erti kata lain terpaksa memandang kerana tangan Akmal erat memegang pipiku agar mengadap mukanya.

“ Awak malu ke nak cakap awak sayang saya? Waktu kita study dulu pun awak macam ni kan? Hai..kenapalah aku dapat kekasih yang pemalu ni? Waktu gelak kat orang, hilang pulak malu tu.”

Aku mencubit lengannya. Sesuka hati mengata aku sangat! Padan muka.

“ Perangai ketam awak ni bila lah nak hilang? Sakit tau tak? “. Akmal menggosok lengannya.

Aku hanya melihat dia menggosok lengannya. Puas hati aku! Mesti perit aku cubit tadi. Akmal masih lagi beraksi seperti tadi.

“ Err, sakit sangat ke? “.

“ Sakit lah ketam! . Nak tengok? “.

Aku menganggukkan kepala. Akmal menyelak sedikit lengan bajunya. Merah menyala!

“ Alamak! Sorry! Saya terlepas geram tadi. Awak tunggu jap eh. Mana kunci kereta…..?“. Aku bertanya. Akmal menyeluk poket seluar jeannya dan menghulurkan kepada ku.

“Nak buat apa dengan kunci ni? “.

Tanpa menjawab pertanyaan Akmal, aku terus berlari ke arah keretanya dan menjinjit keluar beg tanganku. Sebotol minyak gamat dicapai.

Aku kembali duduk di sisi Akmal lalu terus menyapu minyak tersebut ke lengannya yang kemerahan tadi. Risau pula kalau meninggalkan parut nanti.

Aku leka menyapu minyak ke lengannya. Parut lama akibat cubitan aku dulu masih kelihatan. Ternyata setiap yang berlaku meninggalkan kesan. Parut luka akibat perbuatan Akmal suatu ketika dahulu masih wujud di dalam hatiku.

“ Haa, dah siap! Jangan risau. Takkan naik parutlah. “. Aku menoleh ke arah Akmal dan dia sedang merenung wajahku. Sedikit hangat renungannya itu.

“ Kenapa tak nak mengaku lagi sayang…? “.

‘ Aduh, kenapa berbalik semula soalan ni? . Mak, tolong Farah! ‘. Monologku dalam hati.

Akmal menatap mataku lalu kembali menyoal soalan yang sama. Tiada paksaan di dalam nada suaranya kali ini.

“ Kalau saya tak nak mengaku ?”. Aku berkata sambil cuba menentang wajahnya dengan berani.

“ Kita putus tunang! “.

Terkejut aku mendengarnya. Begitu besar sekali kesan yang akan terjadi akibat kata-kata aku nanti.

“ Errr… Awak serius ke ni?”.

Akmal menganggukkan kepalanya dan menyambung, “ So…Awak nak kahwin dengan saya tak?”. Namun belum sempat aku berkata apa-apa, Akmal terus mencucuk pinggang aku!

“ Mestilah!! “. Terlepas sudah perkataan tersebut. Aku terus menekup mulut. ‘Ops! Apa aku cakap ni? ‘. Rasa hatiku sudah terzahir akibat terkejut dengan reaksi mengejutnya.

Yes!! Berapa tarikh hari ni? Saya nak catat dalam diari lah. “. Aku berkata sambil tersenyum nakal kepadaku.

“ Jahat…! “. Aku jarang melatah, namun entah mengapa aku boleh melatah hari ini. Biasanya kalau terkejut, aku akan terus melontarkan apa jua yang terlintas di hati aku ketika itu.

“ Mana aci macam ni! “. Aku menyambung kembali. Rasa geram bermukim di dada.

“ India kot! “. Akmal menjawab sambil tersengih.

“ Awakkkkkkk……..!! “. Aku menjerit geram.

Akmal menjelirkan lidahnya. “ Tapi saya tak puas lah. Teringin nak dengar awak sebut ‘saya sayang awak’. Boleh tak? “

“ Tak boleh! “. Aku memalingkan badan. Rasa malas nak mengadap mukanya. Lagi bertambah sakit hati.

“ Boleh lah. Please…? “. Akmal menggenggam tangannya dan merayu kepadaku.

Aku mula mencekak pinggan. Tak faham bahasa ke lelaki ini?

“ Saya tak mau cakap! “.

“ Haa.. saya tahu macam mana nak buat awak bercakap. “.

Akmal mula tersenyum-senyum lalu bangkit dari kerusi. Dia menuju ke arahku. Aku mula berundur beberapa langkah ke belakang.

“ Awak jangan nak merepek. “. Aku terus berlari ke arah kereta. Akmal mengikutiku dari belakang.

“ Janganlah ikut! “. Aku cuba membuka pintu kereta namun hampa kerana ia sudah dikunci oleh Akmal Aku tidak sempat memerhatikan samada ada orang melihat telatah kami atau tidak. Entah apa pula kata orang nanti melihat perangai kami yang agak kebudak-budakkan.

“ Abang!!”.

Tiba-tiba terdengar jeritan dari seseorang. Aku terus berpaling mencari-cari dari mana datangnya suara tersebut. Aku ternampak seorang perempuan sedang berjalan menuju ke arah Akmal. Dan Akmal tidak lagi mengejar aku.

Honey.. Kenapa lambat sangat ni? Penat abang tunggu tau tak?”. Terdengar suara Akmal menjawab. Dia juga berjalan menuju ke arah perempuan itu.

Aku terus melihat ke arah pasangan tersebut, namun aku tidak mampu melihat dengan jelas wajah perempuan itu. Kolam air mataku sudah mulai bergenang. Wajahku terasa panas ketika ini. Aku cuba sedaya upaya menahannya dari mengalir.

Aku sangka Akmal hanya bergurau tadi. Dan aku tak sangka dia betul-betul menunggu perempuan yang menelefonnya tadi.

‘Sampai hati awak!’ Aku hanya mampu berkata dalam hati. Lagu ‘ Kekasih Yang Tak Dianggap’ mula bermain-main di fikiranku.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------