14 Disember 2009

Aku terus terbangun sebaik merasa percikkan air di muka. Terjongol wajah Nisa sebaik sahaja aku membuka mata.

“ Farah, bangunnnnnnnnnnnnn!! “. Nisa menjerit kuat di tepi telingaku.

Aku terus terbangun dek terkejut mendengar suaranya yang begitu nyaring.

“ Woi, terkejutlah! Yang kau ni kenapa duk terpekik kat bilik orang pagi-pagi buta ni?? Dah buang tabiat ke?”. Tanyaku lalu kembali berbaring di atas katil. Aku memekup telingaku dengan bantal agar tidak terdengar lagi suara nyaring Nisa.


“ Ya Allah, sedarkanlah sahabatku ini. Farah! Bangun lah! Semalam kau juga yang suruh aku kejut kau.” Nisa memarahiku. Sedikit geram nada suaranya.

“ Aku suruh kau kejut pukul 7 pagi lah. Yang kau kejut aku ni awal sangat siapa suruh?”. Dengan mata yang masih lagi terpejam, aku menjawab kata-kata Nisa.

Aku memalingkan sedikit tubuhku agar menghadap Nisa. Dia sedang mencekak pinggang sambil merenung tajam ke arahku.

‘ Nisa ni pun period jugak macam aku kot. Tak pasal-pasal nak hangin pagi-pagi buta ni‘. Monologku dalam hati.

Aku lihat Nisa menarik nafas panjang dan menghembusnya deras.

“ Wahai sahabatku Cik Nur Farah Elyna. Ketahuilah anda bahawa jam sekarang sudah menunjukkan pukul 7.45 pagi. Sebentar tadi berulang-ulang kali sahabatmu yang cantik ini telah mengejutkan anda, tetapi anda tidak juga bangun. Jadi, kesimpulannya kau dah lambat ni! Semalam kau cakap nak pergi Genting pukul 8 kan?”.

“ Hah?? 7.45 ??Ya Allah, kenapa aku tidak sedar langsung ni? Habislah aku, mesti Akmal bising nanti!”. Aku terus terbangun dari katil.

Takde maknanya dia nak bising. Kan dia sayang kau. Dah! Pergi mandi cepat-cepat sikit!”.

Aku terus bangun menuju ke bilik air.

“ Kau dah kemas beg belum nak bawak pergi sana ni?.” Laung Farah kuat. Ketika itu aku sudah berada di dalam bilik air.

Aku menepuk dahiku. ‘ Kenapa banyak sangat aku lupa ni? Bangun lambat! Beg belum kemas!’

Usai mandi, aku terus bersiap ala kadar. Nisa sedang membelek pakaianku didalam almari. Mungkin dia mahu membantuku mengemas.

Jam sudah hampir menunjukkan pukul 8. Dan mujurlah aku sempat bersiap. Nisa masih lagi menyelongkar isi almari ku itu.

“ Farah, masa bila kau pakai selendang ni? Aku tak pernah nampak pun.” . Nisa bertanya sambil membelek selendang itu. Patutlah lama sangat dia menyorok di dalam almari itu.

“ Emm.. Akmal yang bagi. Kan aku keluar pergi Tesco dengan dia. Dia bagi waktu itu lah. “. Jawabku sambil mengisi pakaian dalam beg. Manalah tahu kalau bajuku basah nanti, boleh lah buat salinan.

Owh. Kau tak nak cuba pakai ke? Mesti lagi cantik kalau kau pakai.“

“ Sekarang?? “. Sedikit terkejut aku menjawab.

“ Yelah, sekaranglah. Tak nak ke? “.

“ Hish, lain kali jela. Tak sempat dah ni.!”. Aku melihat jam di tanganku. Mesti Akmal sudah tunggu di luar.

“ Okey, takpelah. Ikut suka hati kau lah. “. Nisa berkata sambil kembali menyimpan selendang itu di dalam almari pakaianku.

Tiba-tiba kedangaran bunyi hon dari luar rumah. Akmal sudah sampai agaknya.

Nisa terus kelam kabut berlari ke arah tingkap lalu menghendap ke luar.

“ Akmal dah sampai tu. Cepatlah keluar!. “

Farah berlari kearah ruang tamu pula. Mahu membuka pintu rumah.

‘Aktif sungguh sahabatku ini. Asyik berlari je dari tadi. Kalau lah dia masuk sukan olahraga, ada harapan dapat title juara ni.’. Aku mengomel di dalam hati.

Aku hanya memerhatikannya. Tidak bergerak walau selangkah pun. Terdapat satu perkara yang bermain-main di mindaku sekarang ini.

‘ Erm, patut atau tak aku buat macam tu?’.

‘ Tapi nanti apa kata Nisa dan Akmal pula. Tak pernah-pernah aku buat macam tu’.

Argh, lantaklah. Yang penting aku nak buat juga. Biarlah apa orang nak kata apa-apa pun’.

Bisikan hatiku terus lawan berungkap sesama sendiri. Sedang aku bingung memikirkan hal ini, Nisa tiba-tiba tercegat di hadapanku.

Hish, terkejut aku! Yang kau ni apasal tercungap-cungap ni? Baru lepas marathon ke?“. Terusku bertanya kepada Nisa.

Nisa tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya mencubit kuat lenganku.

Adoi! Sakitlah! Kau ni kenapa cubit aku? “. Pantas aku menggosok lengan aku. Macam ketam lah minah ni!

Nisa tersenyum menayangkan muka puas hati.

“ Aku cubit sebab geram! Penat aku duk tunggu kat luar rumah, kau boleh duk termenung pula dalam bilik ni. Dah tu siap duk peluk selendang yang Akmal bagi pula tu. Kalau dah rindu sangat, pergilah jumpa dia cepat. “.

Aku hanya tersengih mendengar dia mengomel. Macam itu rupanya reaksi aku apabila termenung seorang diri.

“ Hah! Sengih pulak dia ! Kawan aku ni dah terkena penyakit sengih si Akmal agaknya.” Nisa mengomel perlahan, namun aku sempat menangkap bait-bait perkataan yang diucapkannya itu.

Gelagat Nisa membuatkan aku tersengih lagi. Aku tersenyum-senyum sambil meraih tangannya. Riak wajah Nisa sudah berubah melihat perangaiku yang ‘lain macam’ itu.

“ Nisa……..”. Aku memanggil namanya. Nisa berundur sedikit ke belakang.

“ Kenapa dengan kau ni Farah? Dah kena sampuk ke pagi-pagi macam ni? “. Suara Nisa ketika itu lebih kepada bunyi hamster kesayangan adikku. Amat perlahan, malah seperti tidak kedengaran langsung.

“ Nisa……….”. Aku memanggil namanya sekali lagi. Kali ini bersama sedikit senyuman.

“ Nisa…… Aku rasa aku nak pakai benda ni lah.” Aku berkata sambil menunjukkan selendang yang berada di peganganku.

Nisa mengurut dadanya. Mungkin terkejut dengan kata-kataku tadi.

“ Ya Allah, boleh terkena serangan sakit jantung aku macam ni! Kau ni, nak pakai selendang pun tak perlulah nak buat acting macam orang kena rasuk. Aku takut sangat tadi. Jadi, tunggu apa lagi? Pakai lah“. Nisa mengarahkan ku seperti seorang ibu mengarah anaknya . Siap dengan bercekak pinggang lagi.

“ Tapi Akmal macam mana? Nanti dia bising-bising pula aku lambat nanti. “.

“ Hal Akmal biar aku uruskan. Kau tunggu jap.” Nisa memberi arahan kepadaku.

Memang benar kata-katanya. Aku tidak perlu menunggu lama kerana Sekejap sahaja dia sudah kembali tercegat di hadapanku. Aku yakin dia bukan berjalan untuk pergi ke kereta Akmal tetapi berlari malah aku rasa dia berlari lebih laju dari biasa. Entah alasan apa yang diberi kepada Akmal, aku pun kurang pasti.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku melangkah menuju ke dalam kereta Akmal dan terus masuk lalu duduk di sebelahnya. Sedikit pun aku tidak menoleh kearahnya. Entah bagaimanalah reaksi dia ketika ini. Mungkin dia sedikit terkejut kerana ketika aku masuk tadi dia sedang membelek telefon bimbitnya.

“ Cik… Rasanya cik dah tersilap kereta ni. “.

Aku tersenyum mendengar kata-kata Akmal. Akmal tak perasan aku rupa-rupanya. Sempat juga ku kenyitkan mata ke arah Nisa yang sedang menghendap kami dari ruang tamu.

“ Cik…? “. Akmal berterusan memanggil ku sebegitu.

Aku terus berpaling menghadap Akmal.

Dia tergamam, sedikit terlopong melihatku.

Aku melemparkan senyum kepadanya. Malah, senyum malu-malu kucing aku rasa.

“ Awak ?! Parah?? “. Akmal tidak dapat menahan rasa terkejutnya. Sebutan nama aku jua sedikit berlainan. Parah??

“ Kenapa? Awak dah tak kenal tunang awak sendiri ke? “. Dah parah dah lelaki ini. Tunang sendiri pun tak kenal ke? .

“ Bukan…. Bukan… Awak nampak lain sangat hari ini. Nampak lebih…….”. Percakapan Akmal terhenti seketika. Mungkin memikirkan perkataan yang sesuai.

“ Cantik…?”. Aku membantu dia bercakap.

Err, bukan”.

“ Anggun…? “. Aku meneka.

“ Bukan juga”.

“ Bergaya”. Aku meneka lagi.

Hish, lagi lah bukan. “.

“ Habis tu, apa dia? “. Malas aku nak berteka teki lagi. Rasa macam tengah puji diri sendiri pulak.

“ Saya pun tengah berfikir ni. Ada satu perkataan tu yang saya lupa, sangat sesuai perkataan itu dengan penampilan awak hari ini “. Akmal menjawab. Riak wajahnya masih lagi mencari-cari perkataan tersebut.

Ternyata pemakaian selendang ini berjaya merubah penampilan aku. Padanlah Nisa sendiri asyik memuji aku tadi. Lain dari biasa katanya.

“ Takpe lah awak. Awak fikirkan perkataan tu nanti ye? Jom lah bertolak sekarang. Kang lambat pula sampai nanti. “

Akmal menghidupkan enjin kereta dan memulakan perjalanan. Aku membuang pandang melihat pemandangan alam kota yang serba serbi di luar. Aku lebih senang menghayati pemandangan di luar dari melayan perangai Akmal yang tak habis-habis menoleh memandangku.

“ Pemandangan kat luar tu banyak yang cantik-cantik. Tak perlulah asyik tengok saya je.”. Aku memerli Akmal. Rimas rasa asyik dipandang-pandang.

“ Tak mahu lah. Saya suka tengok awak macam ni.”. Akmal menjawab. Baru aku perasan bahawa sedari tadi dia langsung tidak memberi komen akan pemakaian tudung ini. Kalau ada pun sekadar satu perkataan. Itupun masih belum ditemui lagi perkataan tersebut.

“ Eleh, yela tu. Lelaki. Memang lembut gigi dari lidah. Ayat selalu manis-manis je bunyinya.”.

“ Haaa! That’s the word! Manis! Perkataan itulah yang saya nak cakap dekat awak tadi!
Penat otak saya berfikir, nasib baik awak tolong. “.

Akmal bersorak riang, siap bertepuk tangan lagi. Gayanya seolah-olah telah memenangi loteri sahaja.

“ Hish awak ni… Semangat benar. Awak tu dah lah tengah memandu. Tak perlulah nak buat reaksi sampai macam tu. Kalau tak, biar saya yang bawak. “. Aku menjawab selepas mencebik muka.

“ Awak ni.. biarlah saya nak seronok kejap. Jangan risau, saya ni hebat memandu lah. Kalau setakat lepas kedua belah tangan macam tadi, perkara biasa jet u. Kalau awak yang pandu lagilah saya risau.”. Jawab Akmal. Dia memfokuskan pendangannya ke hadapan.

“ Kenapa pula? Ingat saya tak reti pandu kereta ke? “.

Akmal sudah mula tersenyum-senyum. Aku sudah sangat memahami makna senyuman itu. Mesti ada perkara lucu yang sedang bermain di fikirannya.

“ Awak nak kena eh? “.

“ Eh, kenapa? Saya tak cakap apa-apa pun!”. Akmal menyembunyikan gelaknya namun terus terhambur sebaik sahaja melihat aku menarik muka masam.

“ Hahaha! Sebenarnya tadi saya terbayang , kalaulah awak yang bawak kereta. Dengan kaki tak sampai nak tekan pedal, lepas tu duduk pula kena lapik kusyen sebab seat itu rendah ! Haha! Comellah awak!”.

Aku terus mencubit lengannya sekuat hati. Akmal mengaduh kesakitan.

‘Padan muka! Bab lapik dengan kusyen tu memang aku tak marah sebab memang aku pernah buat macam tu sewaktu memandu kereta abah aku. Tetapi bab kaki tak sampai tu………mana ada!’. Monologku.

Aku menjelirkan lidah kepada Akmal yang masih menggosok lengannya.

“ Padan muka awak! Lain kali cakap macam tu lagi ye. Biar saya cubit tangan awak sampai lebam! “.

“ Garangnya awak ni. Dulu masa kita kawan dahulu, saya tengok awak lemah lembut je. Tapi sekarang? Sensitif sangat! Saya gurau pun tak boleh. Orang tua-tua cakap kalau kita asyik berasa sensitif dengan seseorang tu, tandanya kita sayang kat dia. Dan kita berasa sangat marah apabila orang itu berkata sesuatu yang tak elok pada kita. Betul tak? “. Akmal bertanya akan pendapatku namun aku berasa kata-kata itu lebih kepada pertanyaan tentang isi hatiku. Mungkin dia tidak merasakan yang aku sudah mula menyayanginya.

“ Entah, tak tahu. “. Aku menjawab dengan ringkas. Mengelak sebenarnya.

“ Awak…Bila awak nak mengaku?”. Dia bertanya lagi. Ternyata kesibukan jalan raya tidak mampu menghalang Akmal dari menyibuk hal perasaan aku.

“ Mengaku? Mengaku apa pula?” . Sengaja aku buat-buat tak faham.

“ Mengaku yang awak sayangkan saya!”.

Nah! Direct pula soalannya. Tak sempat aku nak memutar belit ayat-ayatnya. Aku hanya membuang pandang ke luar. Dalam hati berdoa agar kami cepat tiba ke destinasi.

“ Awak.. Kadang-kadang saya rasa macam awak sayangkan saya tetapi cara awak, reaksi awak membuatkan saya rasa macam saya sahaja yang terhegeh-hegeh suka dekat awak. Betul tak? Saya rasa hari ini hari yang paling sesuai untuk kita bercakap hal ini. Hal perasaan. “.

Akmal berkata sambil memandang tenang di hadapan. Namun aku rasakan di dalam pemikirannya tidaklah setenang itu.

Setelah agak lama kami mendiamkan diri. Aku memulakan kata-kata.

“ Saya rasa saya ada hak untuk tidak menjawab soalan itu. InsyaAllah, saya akan memberikan jawapan ini apabila saya sudah bersedia. Selagi saya belum pasti akan cinta awak, selagi itulah persoalan ini tetap tiada jawapan.” .

Aku risau sekiranya ayat-ayat yang aku lontarkan tadi mengguris hatinya. Namun aku terpaksa kerana aku merasakan dia menyembunyikan sesuatu dariku. Sesuatu yang menyebabkan hubungan kami terputus.

Akmal hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

“ Farah…Farah… Kalaulah hati saya ini boleh transparent, dah lama saya tunjuk dekat awak. Masa itu baru awak menyesal kot. “. Dia berkata perlahan.

Aku berpaling kepadanya. Ternyata dia memang sayangkan aku. Aku memasang radio,mahu keluar dari situasi yang merimaskan hatiku ini. Kedengaran intro lagu kegemaranku berkumandang di udara. Lagu Kekasih Yang Tak Dianggap dari kumpulan Kertas ini memang aku minati semenjak pertama kali mendengarnya.

Aku lihat riak wajah Akmal sudah kembali tenang, tidak setegang tadi. Malahan dia turut sama mengikut nyanyian lagu ini. Sedap juga suaranya. Aku melayan setiap bait-bait lirik lagu ini. Walaupun kumpulan Kertas ini berasal dari negara seberang namun penggunaan bahasa hariannya yang serumpun dengan tanah airku membuat aku tidak mempunyai masalah untuk menghayati liriknya.


Aku mentari tapi tak menghangatkanmu
Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
Aku sang bulan tak menerangi malammu
Aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yg kau ucapkan padaku

Sebagai kekasih yg tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Aku sang bulan tak menerangi malammu
Aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yg tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah……..


Usai lagu itu berkumandang, Akmal menoleh ke arahku. Dia menggapai tanganku dan menggenggam erat.

“ Saya rasa lagu tadi amat sesuai kalau saya nyanyikan dekat awak. Seorang kekasih yang tak dianggap kekasih oleh kekasihnya.”.

Aku hanya mampu menggeleng. Lidahku kelu untuk memperbetulkan kata-katanya itu.
Akmal melepaskan pegangan tangannya kasar. Mungkin mengharapkan aku berkata anggapannya itu silap. Dia meneruskan kembali pemanduannya. Malah tiada sebutir bicara pun yang keluar dari mulutnya. Aku pula menggaru-garu kepala. Bingung memikirkan perangainya.