Aku membelek-belek barang pemberian Akmal petang tadi. Sehelai tudung fesyen Yuna berwarna hitam. Aku akui memang selama ini aku tidak memakai tudung. Aku hanya mengenakan tudung ketika di bangku sekolah sahaja. Hatiku berasa sedikit tersentuh dengan pemberian ini. Ibu bapaku sendiri tidak pernah menegurku secara langsung mengenai pemakaian tudung ini. Kalau ada pun hanyalah sekadar secara kias-kiasan dari ibuku. Sebenarnya sudah lama aku ingin mengenakan tudung tapi entahlah. Mungkin aku belum bersedia ke arah itu lagi. Malam itu aku menelefon Akmal. Dia melayanku seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.


Akmal terlebih dahulu memberi salam tatkala aku menghubunginya. Setelah mendengar aku menjawab salamnya, pantas dia bertanya, ” Mimpi apa telefon abang ni sayang? Tak puas ke jumpa abang siang tadi? ”.

” Uwek! Nak termuntah saya dengar awak cakap macam tu! Abang? Sayang? Takde perkataan lain ke? ”. Pantas aku berkata sedemikian namun tidak pula kujawab pertanyaannya tadi.

” Eh, betullah apa yang saya cakap. Awak kan muda 2 tahun dari saya. Memang patut pun awak panggil saya abang. ” Jawab Akmal sambil tergelak-gelak.

”Erm, okey. Ada satu syarat kalau awak nak saya panggil abang. Awak kena panggil saya adik. Lagipun awak kan tua dari saya. Boleh ? ”.Aku menjawab. Mesti dia tak mahu begitu.

Setelah diam berfikir, Akmal berkata, ”Err, kalau macam tu tak payahlah. Awak ni, cubalah belajar bermanja-manja sedikit dengan saya. ”

Rasa kasihan pula aku mendengar kata-katanya.Begitu bersungguh-sungguh mahu memikatku sedangkan aku sedikit pun tidak memberi ruang untuk dirinya. Aku hanya diam sahaja tanpa menjawab permintaannya.

Akmal berkata setelah agak lama aku mendiamkan diri, ” Hah! Kenapa yang diam pulak ni? Tengah duk bilang cicak pulak ke? Ke tengah tunggu semut beratur nak melintas jalan?? ”

Terus aku ketawa mendengar Akmal mengomel. Tentu dia masih ingat lagi alasan-alasanku dahulu. Ketawaku terus terhenti apabila mendengar suaranya kembali.

” Saya suka dengar awak ketawa. Unik. Lain dari yang lain. Kesimpulannya comel lah bunyinya. Terus-teruskan ketawa ye sayang ”. Akmal berkata, lebih kepada merayu pula bunyinya. Ternyata dia tak pernah mengenal erti letih untuk mengambil hatiku.

” Hurm, tengoklah dulu kalau rajin. Awak.Sebenarnya saya telefon ni sebab nak ucap terima kasih atas pemberian awak tadi”. Terusku menyatakan niat asalku menghubunginya. Akmal ni bukannya boleh dilayan sangat. Karang tak mustahil dia akan melalut entah ke mana hala pula.

Suasana berubah menjadi hening setelah Akmal terdiam sebentar. Mungkin sedang menyusun kata untuk membalas kataku.

” Awak marah ke? ” . Tanya Akmal. Pendek sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya. Mungkin memikirkan isu ini satu isu yang sensitif bagi seseorang perempuan.

” Erm, kenapa pulak saya nak marah? Saya tahu awak berniat untuk menegur kan?”. Tanyaku. Aku yakin Akmal mula rasa bersalah sekarang ini.

” Err, seperti yang saya cakap dekat awak petang tadi. Awak sentiasa cantik di pandangan mata saya. Tetapi kalau awak memakai tudung tentu lebih manis awak nanti. ”. Jawab Akmal. Ternyata dia bijak bermain dengan kata-kata agar aku tidak terasa atau mengambil hati dengan kata-katanya. Ayat-ayatnya juga lebih kepada ’ayat selamat’.

Aku termenung memikirkan ayatnya. Aku sedar tidak mudah untuk seorang lelaki menegur seseorang perempuan. Tambahan pula isu ini agak sensitif.

” Takpe, saya faham maksud awak. InsyaAllah, saya akan memakainya suatu hari nanti. Terima kasih di atas pemberian tadi.” Jawabku.

” Saya tak kisah, itu semua hak awak. Tapi anggaplah teguran saya itu ikhlas dari seorang muslimin kepada seorang muslimah.”

” Okey, saya faham. Erm, awak kerja pukul berapa esok? Tak nak tidur ke? Dah lewat malam dah ni.”. Aku bertanya kepada Akmal. Sengaja aku mengubah topik perbualan kami kerna kuyakin dia juga kurang selesa membicarakan topik ini.

” Demi awak, saya tak payah tidur pun takpe. Saya dah mula ambil cuti esok. Yelah, kita kan dah nak kahwin. Takkan saya nak sibuk kerja lagi di waktu-waktu macam ni. ”. Jawab Akmal. Kalau tak silap perkiraanku, dia sedang memerli aku. Maklumlah aku kurang mengambil tahu akan perkahwinanku ini.

” Awak ada perli sesiapa ke di sini? ”. Terusku bertanya.

” Eh, mudahnya awak meneka! Selalunya bila hati seiring, apa yang difikirkan juga seiring. Adakah hati kita ini dah mula melangkah beriringan?”. Madah Akmal. Sejak bila dia mula berjiwa seni ni?

” Eh, tolong sikit! Awak tu kan selalu perli saya. Ada sahaja yang awak nak perkena saya. Tentulah saya dah masak sangat dengan awak tu. Saya dah ambil cuti lah lusa. Ingat saya kejam sangat ke nak biar mak saya uruskan semua tu? ”.

” Alhamdulillah, baik rupanya bakal isteri saya ni. Ingatkan takde perasaan! ”. Ternyata dia sedang menaikkan perasaan marahku.

Aku cuba untuk mengawal rasa marah ini lalu berkata, ” Eh, mestilah ada perasaan. Tambah-tambah perasaan marah! ”.

” Ops, sorry. Marah yek? Esok saya belanja awak makan nak? Tak pun kita pergi Genting Highlands. Saya tanggung semua perbelanjaan, ok tak? ”. Akmal memujukku. Memang tawaran dia sangat menarik kerana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Tambahan pula semuanya ditanggung.

” Agak menarik tawaran awak tu. Tapi dah lupa ke, saya kerja lagi esok. Kalau nak pergi lusa mungkin boleh dipertimbangkan. ”. Jawabku.

” Wah, awak setuju ek? Sebenarnya saya main-main je tadi, mencuba nasib. Manalah tahu terbuka hati awak nak pergi. Mesti best kan berdua-duaan di sana. Sejuk pula tu ! Dapat peluk awak. ” Akmal menjawab. Aku merasakan seolah-olah dia mempunyai agenda lain. Itu ke niat sebenar dia ?

” Kalau macam tu, cancel ! Awak ada niat lain ni ! Tak nak lah saya. Dahlah, saya dah ngantuk ni. Esok nak kerja. Bye, assalamualaikum. ”

Terusku meletak panggilan telefon. Malas aku nak melayan perangai gatalnya itu. Talian telefon juga turut kumatikan.

Dan malam itu aku tidur dengan lena tanpa panggilan dari Akmal.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13 September 2009

Pagi itu, aku menghidupkan semula talian telefonku. Terkejut aku melihat begitu banyak mesej yang masuk dari Akmal. 36 mesej kesemuanya, hampir penuh peti simpanan mesejku. Aku terus memadam semua kirimannya. Malas aku mahu membacanya. Walaupun dia hanya nak bergurau, aku mahu dia tahu yang aku tidak suka akan gurauannya itu.

Aku terus bangun untuk bersiap seperti biasa.ke tempat kerja. Sempat ku menoleh tudung pemberian Akmal yang tergantung dalam almari pakaianku. Suatu hari nanti, aku pasti akan memakainya jua.

Setelah siap berpakaian, aku bersarapan bersama Nisa. Sebungkus nasi lemak dan secawan nescafe sudah cukup mengenyangkan perutku.

Syif aku hari ini adalah sama dengan semalam, iaitu 9 pagi hingga jam 5 petang. Aku membonceng scooter Nisa seperti biasa. Setibanya di kawasan kilang, aku terus memulakan tugas harianku.

Apabila tiba waktu rehat ,aku keluar makan bersama Nisa di cafe berdekatan kilangku. Kami sama-sama duduk di sebuah meja yang agak terpinggir dari orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri meja kami dan bertanya kepadaku,
” Boleh saya duduk di sini? ”.

Aku lihat meja di sekelilingku. Masih ada banyak meja yang kosong. Bagaikan mengetahui apa yang bermain di fikiranku, dia berkata, ” Saya segan sebenarnya nak makan seorang diri. Tapi takpelah kalau awak tak sudi, saya cari tempat lain”.

Aku menjeling ke arah Nisa, dia hanya mengjungkit bahu tanda tidak kisah. Lantas ku membenarkan dia duduk. Kasihan pula aku lihat dia hanya seorang diri. Dia mengambil tempat di sebelah Nisa, bertentangan dengan tempatku. Aku meneruskan suapan ku yang terhenti tadi. Dia hanya asyik memandangku. Rimas pula aku dengan renungannya.

” Nama saya Syafiq. Baru 3 bulan bekerja di sini. Farah orang mana ye? ”. Dia memulakan perbualan.

Aku yang sedang khusyuk menikmati nasi goreng tomyam terus menoleh ke arahnya. Hairan! Macammana dia tahu namaku. ” Macam mana awak tahu nama saya?”.

Syafiq memandang ke arah Nisa. Lalu dia berkata, ” Err, saya nampak nama awak di name tag tu.” . Sedikit gagap bunyinya.

Dia menuding jari ke arah name tag aku yang diletakkan di atas meja. ” Oh, saya tak perasan la pula. Erm, saya orang Kedah. Nisa pula orang Johor. ” Sengaja aku menyebut perihal Nisa agar dia sedar Nisa juga berada di situ. Nisa pula lebih senang membiarkan aku bersembang dengan Syafiq.

” Oh, rumah nenek saya pun di Kedah juga. Rumah Farah di mana? ”.

Aku malas mahu berfikiran buruk mengenainya,lalu ku menjawab apa jua pertanyaannya. Setelah agak lama bersembang sambil makan, aku meminta diri untuk ke surau.Nisa juga ikut bersama menemaniku. Sebenarnya aku berasa rimas dengan Syafiq yang asyik merenungku seolah-olah aku ni nasi goreng patayya yang dimakannya tadi.

” Okey, takpelah kalau macam tu. saya harap awak tak kisah kalau saya datang makan bersama awak lagi.” Jawab Syafiq.

Aku hanya berpura-pura tersenyum mendengar kata-katanya. Sejak bila aku pandai berlakon ni?

Setelah berjalan melepasi kafe, aku mencuit Nisa lalu berkata, ” Kau tak rasa mamat tadi tu lain macam ke? ”

” Dia lain macam dengan orang yang berjaya membuat dia rasa lain macam je. ” Jawab Nisa. Langkahku terhenti seketika untuk menafsir kembali ayatnya.

” Aku tak faham lah apa yang kau cakap ni. Explain please? ”. Malas aku nak memerah otak, baik aku bertanya terus kepada Nisa.

” Erm, kau ingat lagi tak aku pernah cakap yang ada seorang mamat kirim salam dekat kau? Dia tu lah. ”. Jawab Nisa sambil menarik tanganku agar terus melangkah.

Aku cuba mengimbas kembali otakku ini. Tiba-tiba ku teringatkan seseorang. ” Haa! Yang technician dulu tu ke? ”.

” Yelah sayang oi. Dia tu lah. Aku pernah cakap dekat dia dulu kalau nak berkenalan dengan kau kenalah bertindak sendiri. Tetapi aku terlupa lah pula nak bagitahu yang kau dah nak kahwin. ” Nisa berkata.

Aku hanya terdiam memikirkan katanya.

’Patutlah usya aku macam nak makan je. Peminat aku rupanya. Tak sangka pula aku ni ada peminat’. Aku bermonolog sambil tersengih seorang diri.

” Hah! Tersenyum-senyum! Dah mula nak menggatal lah tu. Aku report dekat Akmal baru tahu. ” Ugut Nisa.

” Ke situ pula kau ni. Aku sedar lah aku ni dah nak kahwin. Walaupun bukannya pilihan aku, tapi aku tetap tunang orang.”. Jawabku. Kami terus menyambung kerja setelah menunaikan solat Zohor. Sempat juga ku membelek telefon bimbit yang aku tukar kepada mod senyap dari pagi tadi. Ada 7 mesej beserta 19 panggilan tak terjawab dari Akmal. Sekali lagi aku bersikap kejam dengan memadam semua mesejnya.

Aku meneruskan kerjaku seperti biasa hinggalah jam menunjukkan pukul 5 petang. Aku menunaikan solat Asar dahulu di surau dan berjalan ke tempat menunggu bas. Nisa sudah memaklumkan pagi tadi yang dia mahu menyambung syifnya hingga ke malam.

Tiba-tiba aku mendengar namaku dipanggil. Aku menoleh dan melihat Syafiq sedang berjalan ke arahku.” Awak nak balik ke? Jom lah saya hantarkan. ” Pelawa Syafiq.

” Takpelah, saya tak nak menyusahkan awak. Saya dah biasa naik bas. ” Aku tidak mahu terhutang budi dengannya, lagipun aku berasa tidak selesa dengan renungannya.

” Marilah saya hantarkan. Hari pun macam nak hujan ni. Jangan risau, saya cuma nak tolong je. ” Aku hanya tersenyum sambil menggeleng ke arahnya. Macam mana lah aku nak elakkan diri ni ?

Syafiq berterusan memujukku. Tambahan pula kedengaran bunyi guruh membuatku tiada pilihan lain melainkan bersetuju dengan pelawaannya. Kami berjalan beriringan ke arah keretanya.

Tiba-tiba meluncur laju sebuah Myvi hijau lalu berhenti betul-betul di hadapan aku dan Syafiq. Akmal ???

Akmal terus keluar dari keretanya dan mendapatkanku. ” Dah lama ke tunggu sayang? Sorry, abang ada kerja sedikit tadi. ” Dia berkata sambil menjeling ke arah Syafiq.

Aku tahu dia sangat marah ketika ini namun dia bijak menyembunyikannya. Takut pula aku melihat air mukanya ketika ini.

Syafiq pula kelihatan terpinga-pinga. Aku terus berkata kepada Syafiq, ” Maaflah, saya terlupa pula abang saya jemput hari ni. Lain kali lah saya tumpang awak ye.” Aku terus menarik tangan Akmal untuk berjalan ke arah keretanya.

Namun Akmal terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada Syafiq. ” Saya Akmal, tunang Farah. Awak ni pula siapa? ”.

Aku lihat raut wajah Syafiq berubah tatkala mendengar ayat Akmal. ” Oh, maaflah. Saya Syafiq, rakan sekerja Farah. Saya pulang dulu lah ye. ”.

Syafiq terus melangkah ke arah keretanya lalu meninggalkan kami. Aku dapat merasakan kekecewaan yang bermukim di hatinya.

” Jom balik! ”. Arah Akmal lalu terus masuk ke dalam keretanya. Aku hanya mengikut langkahnya. Sebenarnya aku berasa takut dan bersalah dengan Akmal.

Dalam kereta, aku hanya mendiamkan diri. Akmal juga begitu. Akmal terus menghidupkan enjin dan membawa keretanya. Aku berasa rimas dengan suasana hening sebegitu lalu ku pasangkan radio. Akmal terus menekan butang ’Off’ untuk mematikannya. Aku menjeling ke arah Akmal. Aku lihat dia menggenggam kuat stereng keretanya. Sama kuat dengan marahnya ketika ini.

Aku bertindak berani dengan cuba menekan suis ’On’ untuk menghidupkan radio itu kembali. Namun Akmal bertindak lebih pantas dengan menepis tanganku.

” Kenapa awak tak balas mesej saya? Kenapa awak tak endahkan langsung bila saya call awak? Kenapa awak keluar dengan lelaki lain?”.
Akmal bertanya begitu banyak soalan kepadaku. Aku hanya mendiamkan diri dan memalingkan muka ke arah tingkap. Biarlah dia tenang dahulu.

” Hah! Kenapa diam pulak ni?? Patutlah tak layan saya langsung, rupa-rupanya dah ada lelaki lain! Awak nak curang dengan saya ke???”.

Kali ni aku sudah tidak mampu bertahan. Aku bukanlah seperti dia yang sanggup meninggalkanku semata-mata kerana perempuan lain.

” Syafiq tu cuma rakan sekerja saya lah. Yang awak nak cemburu sangat ni kenapa? Dia hanya nak tolong saya. Dah hari nak hujan, saya pula rakan sekerjanya. Takkan lah dia nak biar pula. Tambahan pula, rumah dia dekat je dengan rumah saya”. Sengaja aku menambah-nambah.

Aku sendiri tidak pernah mengambil tahu akan tempat tinggal Syafiq.Akmal memang begini dari dahulu lagi. Sifat cemburunya sangat-sangat melampau. Namun dia mudah mengalah apabila aku memujuknya.

” Erm, kalau ya pun janganlah sesuka hati naik dengan lelaki lain. Tak semua lelaki yang baik macam saya ni tau? ”. Akmal berkata. Suaranya juga lebih lembut dari tadi. Mungkin sudah reda marahnya. Aku hanya mengangguk menjawab pertanyaannya. Sesungguhnya aku tiada mood untuk melayannya petang ini.

” Semalam kenapa tak reply mesej saya? Saya call pun awak tak angkat! Nak lari dari saya ke? ”. Tanya Akmal. Ternyata dia masih terasa hati lagi akan soal itu.

” Erm, saya tak suka awak bergurau macam semalam tu. Saya naik takut dengan awak. ” Aku menjawab sejujurnya terhadap soalan Akmal itu.

” Ya Allah. Nur Farah Elyna! Saya gurau jela pasal tu.Saya tak sangka awak nak anggap serius. ”

” Mestilah! Awak tu tetap lelaki. ”. Pendek sahaja jawapanku tetapi mengandungi makna yang amat mendalam.

” Okey-okey, saya minta maaf pasal tu. Niat saya hanyalah untuk bergurau.” Akmal berkata sambil terus membawa kereta. Aku lihat arah perjalanan ketika ini bukanlah menuju ke rumahku.

“ Eh, awak nak bawa saya pergi mana ni? Saya nak balik rumahlah. ” Tanyaku.

Akmal hanya tersenyum lalu berkata, ” Awak duduk lah diam-diam. Kita pergi ke satu tempat ni. Kejap je. ”

”Hah, tengok! Macam mana saya nak percaya dengan awak? Saya tanya awak tak jawab! ”. Aku membebel. Entah kemana lah dia nak bawa aku ni.

” Sabarlah sayang! Nak sampai dah ni. ”. Akmal berkata. Aku hanya mendiamkan diri sambil membelek barang-barang di dalam beg tanganku.

Perfume?
Pisau lipat?
Telefon ?

‘Mujurlah semua barang penting ini ada. Siaplah kau Akmal kalau nak buat tak senonoh dekat aku! ’. Aku bermonolog.

Tidak lama kemudian Akmal memberhentikan keretanya di sebuah kawasan perumahan. Dia mengajakku turun. Aku terus turun dan memerhatikan kawasan sekilingku. Sebuah kawasan perumahan yang sungguh cantik landskapnya. Rumah-rumahnya juga agak unik dan menarik dan lebih kepada stail ’Western’.

Akmal terus menuju ke arah pintu pagar sebuah rumah di hadapan keretanya. Dia membuka kunci dan mengajak ku masuk.

’ Ah, sudah! Akmal nak mengajarku mencuri rupa-rupanya! Baik aku balik dulu daripada bersubahat dengannya. Nampak rumah ni pun macam rumah orang kaya je. ‘. Aku bermonolog.

Namun belum sempat pun aku melangkah, Akmal terlebih dahulu menarik tanganku.

“ Saya taknak lah. Awak nak curi, janganlah ajak orang! Dah, saya nak balik!. “. Aku berusaha melepaskan pegangannya.

” Astarfirullah hal azim! Farah! Farah! Mana ada pencuri yang masuk pakai kunci. Awak ni kelakarlah! ” Akmal berkata sebelum menghambuskan tawanya sepuas hati.

Aku hanya mampu menarik muka. Betul juga katanya, bukankah pencuri selalu masuk ikut tingkap ke?

” Diamlah awak ni. Manalah saya tahu. Awak tak bagitahu pun ni rumah siapa. Alih-alih, terus ajak saya masuk. ” Jawabku.

” Yela-yelah. Tapi sampai hati awak cakap saya pencuri ye?”. Akmal menjawab lalu menarik mulut muncung.

“ Sorry! Tak sengaja! “. Jahat betul aku ni, sesuka hati tuduh dia.

” Habis tu, ni rumah siapa ? ”.Sambungku.

“Erm, rumah kita. Jom lah masuk tengok. Jangan risau, saya biar pintu ni terbuka. ”
Akmal terus melangkah masuk.

Terlopong aku mendengarnya ! Rumah kita? Banyaknya duit dia!

Aku melangkah masuk sambil menggagau tangan mencari barang-barang penyelamatku di dalam beg tangan. Siaplah kalau dia nak buat tak senonoh!

Aku tergamam melihat ruang dalaman rumah itu. Sungguh cantik! Lengkap dengan perabot-perabot yang masih belum dibuka plastiknya. Namun yang paling menarik perhatianku ialah warna cat yang menghiasi ruang rumah itu. Semuanya berwarna hijau. Aku terus meneliti seisi rumah. Tidak ketinggalan di bahagian atas rumah. Akmal hanya tersenyum melihat telatahku.

” Semua saya cat sendiri. Tapi saya nak minta maaf sebab bilik kita nanti saya cat warna biru. Sakit matalah semua warna hijau. ” Akmal berkata.

Setelah membiarkan aku meneliti sepuas hati seisi rumah itu, Akmal mengajak ku pulang.
Aku hanya mampu mengangguk tidak terluah kata-kata dek rasa terkejut yang amat sangat.

Di dalam kereta aku hanya mendiamkan diri.

” Kenapa diam je ni? ” Akmal bertanya.

” Err, speechless ! Betul ke tu rumah kita?” Aku bertanya kepada Akmal.

” Betullah sayang. Yang awak ni kenapa macam baru lepas nampak hantu je ? ” Tanya Akmal.

” Saya tak sangka awak sayang saya sampai macam ni. ” Luahku. Sungguh ! itulah perasaanku ketika ini.

Akmal hanya tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya. ” Saya sangat-sangat sayangkan awak. Kalau hati ini boleh dilihat,dah lama saya pergi x-tray untuk buktikan sayang saya. Dahlah awak. Tutuplah mulut tu, ada jugak yang nak kena cium nanti.”

Terusku menutup mulutku. Entah sejak bila aku ternganga mendengar ceritanya itu.

Akmal hanya tersenyum melihatku. Kami terus bertolak ke rumahku. Memandangkan hari sudah hampir menjelang Maghrib, aku terus masuk ke dalam rumah setelah memberi salam kepadanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu aku menghidupkan YM. Barangkali ada mesej dari kawan-kawan lamaku. Tiba-tiba Akmal menyapaku.

+ Hai awak. Duk buat apa tu ?

- Hai. Saya tak buat apa pun. online je.

+ Erm, dah makan?

- Dah

+ Dah mandi?

- Dah

+Dah solat?

- Dah

+Dah sayang saya macam dulu?

- Dah
- Eh, belum! Merepek jela awak ni!

+Laa, bukannya awak terharu ke tadi?

- Terharu tak semestinya rasa saya itu bertambah. Memandai je awak ni. Dah lah awak, saya nak tidur.

+Eh, jap. Macam mana dengan trip kita pergi Genting esok? Please laa awak. Saya cuma nak bergembira dengan awak je. Please sayang?

- Erm, kalau awak mampu buat saya terharu dalam masa 30 minit ni, baru saya setuju keluar esok

+Okey, kalau macam tu awak tunggu jap!


Akmal terus menyepikan diri. Tidak lama kemudian emelku berbunyi menandakan ada emel baru. Terus ku membukanya. Sekeping gambar dari Akmal.

Aku zoom gambar tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Sebuah kontrak rumah. Mungkin kontrak rumah kami yang baru dibelinya.

Terusku menghubungi Akmal.

” Eleh awak, setakat kontrak ni. Macam mana saya nak terharu? Esok tak payahlah kita keluar ye. ” Sengaja aku bermain-main dengannya. Dia sudah cukup membuat aku terharu hari ini. Mana mungkin aku mampu menolak permintaannya untuk keluar bersama esok.

” Kejap lah awak. Saya nak awak tengok betul-betul dekat nama pemilik rumah tu.” Jawab Akmal.

Aku terus meneliti bahagian yang diperkatakan Akmal itu.

Tergamam aku melihatnya! Namaku tertera di situ sebagai pemilik tetap!

” Err, awak serius ke ni? Kenapa nama saya, bukan nama awak? ” Aku terus bertanya kepada Akmal. Kejutan demi kejutan yang diberikannya hari ini membuatkan aku menjadi letih untuk berfikir.

” Kan saya sayang awak. Dah lupa ke? ”. Akmal menjawab ringkas namun mampu membuat jantungku berdegup kencang. Dia kembali menyambung, ” Cuba awak tengok tarikh perjanjian kontrak ini pula. Ada di bahagian bawah tu”.

Aku kembali melihat akan gambar tersebut.

15 Disember 2007 ? Hampir 2 tahun yang lepas ! Bermakna dia memang nekad untuk bersamaku sedari dulu lagi. Tapi kenapa dia meninggalkan ku ?

Namun perhatianku terganggu setelah terdengar suara Akmal. ”So, esok kita keluar ek? Saya tahu awak tengah terharu ni. Diam je dari tadi. Saya jemput awak pukul 8 pagi esok. Abang tidur dulu ye sayang, jumpa esok. Assalamualaikum.”

Aku hanya mampu menjawab salam Akmal. Susah juga menjadi orang yang mudah terharu ni. Sehinggakan nak bercakap pun dah susah dah. Aku sedar di hatiku kini hanya ada nama dia.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


p/s : Thanx 4 reading. Sorry lambat pos. Thanx a lot wat saper2 yg masih follow 7HSS ni. Kalo bole drop komen sekali ye. Maseh.. =]

Read more...