Ramai pula orang datang makan kat cafe ni hari ini. Sebelum ni, tak adala ramai sangat aku tengok. Kebanyakkan yang datang makan kat sini selalunya berpasangan, jaranglah nak nampak yang datang makan seorang diri.

”Hoi, makcik!!. Kau ni aku duk penat cakap dari tadi kau boleh duk bantai termenung ye.” . Tegur Nisa sambil menampar tangan aku.

Dengan muka selamba aku mencubit lengannya. ” Kau tu yang dari tadi duk cakap tak berhenti, aku buat-buat lah termenung jap. Hehe, I’m sorry, friends. ”

”Ni haa, aku nak bagitahu. Ada seorang mamat kirim salam kat kau. Technician kat kilang kita tu.”


Aku dengan Nisa sama-sama bekerja di sebuah kilang pembuatan susu di Kuala Lumpur. Dia bekerja sebagai Quantiti Surveyor manakala aku sebagai Food Technologist. Kiranya kami ni sama-sama mengkaji pasal makanan. Kami berkawan rapat semenjak sama-sama belajar di zaman universiti lagi. Nisa sudah pun bertunang dengan Aidil, juga rakan sepengajian kami di universiti. Aku sorang je yang keseorangan sekarang ni.

”Ya Allah! Bilalah sikap termenung kau ni nak berubah haa? Penat aku duk tunggu kau membalas, rupanya kau duk termenung sambil duk usya muka aku.” Nisa dah mula membeliakkan matanya sambil mengjungkit kening.

”Alamak, sorry lagi sekali. Hehe, kau ni macam la tak tawu perangai aku yang suka termenung ni.” Aku cuma mampu tersengih buat sahabat karibku ini.

”So, macam mana? Nak aku cakap apa kat mamat tu? ”.

” Emm, aku malas la nak layan benda-benda macam ni. Buat sakit otak aku je fikir pasal ni. Kau cakap kat dia ,aku tak suka lelaki. Biar dia fikir yang bukan-bukan sikit ”. Jangan dia fikir aku ni lesbian sudah. Tapi kalau dia tak fikir macam tu, apa lagi yang dia boleh fikir. Lantaklah, tak kesah la dia nak fikir apa pun.

” Kau ni kenapa? Takkan dah hilang minat kat lelaki kot. Risau lak aku nak kawan dengan kau. Kau normal lagi kan?”. Riak muka Nisa sudah mula menunjukkan risau.

” Yelah, kenapa kau tak percaya pulak? Kau tak perasan ke tiap-tiap malam aku selalu duk usya kau tidur. ” Seronok pula aku mengusik Nisa petang ni.

” Kau jangan nak buat aku takut Farah. Kang petang ni jugak aku pindah keluar dari rumah tu”. Muka cuak Nisa benar-benar melucukan hatiku. Aku dan Nisa sama-sama menyewa rumah di Petaling Jaya.

” Aku gurau jela. Takkan lah aku suka kat perempuan pulak. Aku masih normal lagilah. Cuma buat masa sekarang ni aku malas nak fikir cinta-cinta ni.”

” Kau masih teringat kat Akmal kan? Cuba kau contact dia balik, manalah tahu dia jugak tak dapat nak lupakan kau.”

”Huh, taknak lah aku. Dia sekarang juara carta orang yang paling aku benci tau.” Buang masa je aku nak cari dia balik. Aku takkan terhegeh-hegeh sayang pada orang yang tak pandai nak menghargainya. ” Nisa, hari ni berapa hari bulan?”. Aku berusaha mengubah topik dari bercerita pasal Akmal. Sesungguhnya aku sangat-sangat membenci lelaki itu.

” Emm, hari ni 8 September. Kau ada plan apa-apa ke hari ni? Nak pergi tengok wayang ke? Nak ikut! ” Mata Nisa sudah bersinar-sinar bagaikan mata hamster yang dibela di oleh adik aku.

” Takdela. Means lusa 09.09.09 lah kan? Wah, menariklah tarikh tu. Aku suka sangat tarikh-tarikh yang special macam ni. Nisa, aku berjanji depan kau ni. Sesiapa saja yang melamar aku pada tarikh ni, aku akan terima tak kira sesiapa pun dia”. Otakku yang bergeliga ni sudah merapu. Aku ni memang mudah terharu kalau ada orang yang sanggup buat benda yang mengharukan aku.

Nisa sudah mula melopong. ” Kau ni biar betul. Takkan kau nak terima jugak kalau kau kenal langsung dengan orang itu.! ”

” Betul lah. Kau tak percaya eh? Tunggu jap ek.” Aku sudah mula mengeluarkan telefon bimbitku sambil mendail nombor telefon ibuku. Setelah menunggu beberapa ketika, terdengar suara ibuku memberi salam. ”Waalaikumsalam. Mak sihat? Alhamdulillah, Farah pun sihat jugak. Mak, Farah nak bagitahu satu benda ni. Lusa ni, kalau ada orang masuk meminang Farah, Mak terima je tau.”

” Farah ni sungguh-sungguh ke nak? Jangan nak main-main benda macam ni. ”

” Betullah mak. Mak terima je walaupun Farah tak kenal orang tu. ”

” Yelah-yelah. Macam-macamlah anak dara aku ni. Kalau orang tu tanya pasal hari nikah pulak macammana? ”

” Emm, kalau diorang tanya, mak cakap je Farah serahkan pada pihak lelaki untuk pilih tarikh.”

” Suka hati kau lah Farah oi. Silap-silap takde sesiapa pun yang masuk meminang hari tu.”

” Hehe, kalau ada mak terimalah. Kalau tak ada, mak buat macam hari-hari biasalah. Okeylah mak, Farah dah nak letak telefon ni. Kirim salam kat laki mak ye.Hehehe, assalamualaikum”. Aku tersenyum lantas menamatkan panggilan.

” So Nisa, kau dah percaya ke apa yang aku kata tadi? ” Soalku sambil cuba meniru aksi mengjungkit kening yang selalu dilakukannya.
” Tak payahlah kau nak tiru aku. Nampak buruk sangat kau duk angkat-angkat kening macam tu. Fuh! Aku percaya. Kalau ada sesiapa masuk meminang kau, kau jangan tolak pulak ye. ”

” Mestilah, aku ni seorang yang berpegang pada janji tau. Eh, dah lambat ni. Kang Encik Farid tu marah-marah pulak kita keluar rehat lama-lama. Jomlah masuk kerja balik” Aku menarik tangan Nisa lalu kami sama-sama jalan beriringan masuk ke dalam kilang. Sepanjang perjalanan aku terfikir kembali janjiku pada Nisa dan ibuku. Bertunang pada 09.09.09? Wah, seronoknya kalau tarikh ni betul-betul menjadi milikku. Tapi nak bertunang dengan siapa pulak ye? Aku mana ada calon pun. Emm, alamatnya mustahillah aku nak ada kenangan manis di 09.09.09 ni. Mungkin aku kena tunggu tarikh 10.10.10 pulak kot.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hari ini aku keluar makan bersama Nisa dan Aidil di sebuah restoran di KLCC. Sesungguhnya aku berasa kurang selesa keluar bersama mereka. Iyelah, orang tengah hangat bercinta katakan. Aku berada kat sebelah pun bukannya diorang perasan sangat. Tetapi, mengenangkan Nisa beriya-iya mengajakku, terpaksalah aku ikut jugak.

” Aidil, awak duduk dulu dengan Farah ek. Saya nak pergi cari novel sekejap. Korang pesanlah makanan dulu ye. ” Nisa terus bangun meninggalkan aku dengan Aidil.

” Awak nak makan apa? Saya nak pergi order ni ”. Aidil bertanya sedikit terjerit kepada Nisa.

” Saya nak snack plate. Air Strawberry ye! “ Laung Nisa kuat sambil berlari naik ke lif untuk ke kedai novel di tingkat 3.

“ Farah, kau nak makan apa? Hari ini aku belanja kau makan. “

Aku sudah mula tersengih seperti kerang busuk. “ Wah, patutlah kau nampak hensem harini. Duit gaji dah masuk ek? Emm, aku nak sama dengan Nisa lah tapi air Pepsi ye. Thanx, jasamu dikenang. Hehehe.”

“ Aku hensem hari-hari lah, bukan takat hari ini je. Okek, kau tunggu sini jap ek. Sambil tu tolong tengok-tengokkan beg makcik novel ni. ” Aidil terus melangkah ke kaunter untuk membuat pesanan.

Aku terus mencari tempat duduk yang sesuai lalu menghenyakkan punggungku di atas kerusi yang tersedia. Mataku melilau melihat pengunjung-pengunjung restoran ini. Terasa bagaikan ada seseorang sedang memerhatiku, terusku membuang pandang ke arah dia. Akmal ! Apa yang dia buat kat sini ?? Dia tidak keseorangan malah ditemani dua orang lelaki. Mungkin sahabat-sahabatnya.

Aidil datang mendapatkanku beberapa minit kemudian. ”Weh, air pepsi dah habislah. Aku beli air strawberry je kat kau. Nak taknak kau kena minum jugak sebab aku dah beli.“ Aidil terus meletakkan tiga set snack plate di atas meja dan terus duduk di hadapanku.

”Aidil, kau kena tolong aku. Bekas pakwe aku ada kat depan tu. Aku tak nak nampak kalah di depan dia. Kau tolong menyamar jadi pakwe aku jap boleh tak? Please! Nanti aku bagitahu kat Nisa”. Aku merayu Aidil sambil menunjukkan muka simpati.

” Cuba kau bertenang sedikit, nanti dia perasan kalau kau duk gelabah macam ni. Aku boleh tolong kau, tapi mana aci tolong saja kan. Mestilah ada upahnya.” Aidil dah mula menadah tangannya meminta upah daripadaku.

” Yelah, nanti aku belanja kau makan pizza. Cepatlah weh, dia tengah tengok kita ni. ”
Aku sempat menjeling ke arah lelaki yang paling aku benci tersebut.

Aidil mula memainkan peranannya dengan mencubit isi ayam dan menyuap ke mulutku. Aku hanya mengikut rentak Aidil kerana sesungguhnya aku tidak mampu berfikir di saat yang genting ini. Kami berlakon seolah-olah sepasang pasangan yang bahagia. Aidil mencuit mulutku sedikit comot terkena sos. Aku sempat menjeling ke arah Akmal. Nyata pandangannya berapi-api dan aku ternampak api kecemburuan didalam matanya. Akmal terus bangun meninggalkan kawan-kawannya dan terus meninggalkan restoran. Selang 5minit kemudian, kelihatan Nisa terus berlari masuk mendapatkan aku.

”Farah. Tadi aku ternampak Akmal kat luar. Muka macam tengah bengang je. Kau nampak tak dia? Aku rasa macam dia baru keluar dari arah sini je.“ Tanya Nisa sambil tercungap-cungap kerana penat berlari.

”Aku nampak dia tadi. Selamat kau tak datang awal sedikit, kalau tak mesti kau pun jadi bengang sama. Thanx ye Aidil,nanti aku belanja kau makan ye. Korang makanlah, aku nak pergi cari barang jap. Nanti balik tak payah tunggu aku tau. Aku nak tawaf KLCC hari ni. ” Aku meninggalkan Nisa yang sedikit terpinga-pinga bersama Aidil.

9 September 2009. Seronoknya aku hari ini. Dendam aku terhadap Akmal terbalas. Dah lama aku menunggu saat ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Teringat pulak aku di saat dia reject aku 2tahun lepas. Sewaktu itu dia datang berjumpa denganku di taman dalam universitiku. Aku masih ingat akan kata-katanya di hari terakhir pertemuan kami.

” Saya rasa lebih baik awak lupakan saya walau sebagai seorang teman sekalipun.” Akmal melafazkan kata tanpa sedikitpun memandang ke arahku.

” Kenapa? Apa salah saya? Dulu awak yang beriya-iya nakkan saya. Bila saya dah sayang awak separuh mati, senang-senang je awak suruh saya lupakan semua tu. ” Rasa sedih mula menapak dihatiku. Terbayang-bayang saat indah selama kami berkawan semenjak setahun yang lalu.

” Saya dah nak bertunang! ” tergagap-gagap dia berbicara.

” Hah? Kenapa tiba-tiba? Awak tak pernah sayang saya ke selama ni? ” Aku sudah berasa marah. Takkanlah aku hanya bertepuk sebelah tangan saja selama ni?

” Saya keliru, saya rasa saya cuma anggap awak tak lebih dari seorang adik sahaja.”

Pang!!! Satu penampar hinggap di pipi Akmal. Aku terus berlari masuk ke dalam asrama dan meninggalkan Akmal yang terpana dengan tindakanku. Padan muka kau mangkuk! Puas hatiku.

Usai tiba di bilik, aku mencapai telefon bimbitku lalu menaip mesej.

+ Ni last msj dr sy. Thanx atas segalanya atas apa yg telah kita lalui selama ni. Sy janji x kan hubungi awk lg. Andai kata kita terjumpa lps ni, awk adlh seorg yg sy xpnh kenal sebelum ni. Bye!

Aku menghantar mesej tesebut kepada Akmal. Dia membalas tak lama kemudian.

* okey, bye.

Kurang asam punya jantan! Yang itu je dia reply kat aku? Aku benci sangat-sangat pada dia. Petang itu juga aku membakar semua barang pemberian Akmal. Aku tidak mahu hidup dengan bayangan dia lagi. Nombor telefonku juga telah kutukar. Alang-alang nak buang kenangan, biarlah kubuang kesemua!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku hanya berjalan-jalan mengikut arah kaki hinggalah aku terhenti di depan Guardian. Baru aku teringat yang pencuci muka dan ubat gigiku sudah kehabisan. Lantas aku terus melangkah masuk ke dalam kedai tersebut dan menuju ke bahagian set penjagaan muka. Sedang aku leka memilih pencuci muka, pandanganku terarah ke pintu masuk kedai tersebut.

Ku lihat Akmal berada di situ sambil matanya tertoleh-toleh ke segenap kedai. Aku terus menundukkan wajahku cuba untuk keluar dari kedai tanpa disedari oleh Akmal. Aku berjalan perlahan-lahan sambil tunduk ke arah pintu keluar. Yess!! Berjaya jugak aku lari dari dia. Kalau tak, mesti dia tahu aku berlakon je kat restoran tadi kerana tidak terlihat Aidil bersamaku ketika ini.

Aku bercadang mahu terus pulang. Niat untuk membeli tadi terpaksa kubatalkan gara-gara takut terserempak dengan dia lagi. Sedang ku mencari-cari arah menuju ke lif, tiba-tiba...

” Haa, disini pun awak! Penat saya cari, awak ingat awak dapat lari dari saya ke? ” Adeh, macam mana boleh terkantoi ni?

” Awak ni siapa? Maaf! Saya tak biasa bercakap dengan orang yang saya tak kenal! ” Aku berpura-pura tidak mengenali dia.

” Saya faham perasaan awak, mesti awak marah sangat-sangat kat saya kan? Hurm, mana pakwe kesayangan awak tu? Dah balik? Ai, Siap makan bersuap-suap lagi! Dulu dengan saya tak pernah pun nak bersuap-suap. ” Akmal bertanya.

” Eh, suka hati sayalah. Diakan pakwe saya, yang awak nak marah-marah ni kenapa? Dia pergi toilet lah. Nanti dia datang balik.! ”. Akal menipuku sudah menjelma. Hehehehe.

Muka Akmal sudah berubah riak. Seolah-olah sengaja mahu mengejekku. ” Eleh, yela tu. Toilet konon! Tak tahu la pulak saya kalau nak pergi toilet pun kena naik kereta.Nak pergi cari toilet kat luar ek? Siap saya nampak Nisa sekali. Dah habis ke toilet kat KLCC ni sayang oi?”

Aduss!! Terkantoi lagi penipuanku ini. Mesti dia dah nampak Aidil dengan Nisa ni. Habislah aku, dendam tak terbalas jugak nampaknya. Aku sudah mula mengundur langkah ke belakang. Sesak rasa hati ini bila berhadapan dengan Akmal. Aku lihat Akmal semakin menghampiri ke arahku bersama senyuman nakalnya. Aku sudah tidak mampu lari lagi apabila sudah berada di penjuru dinding, Akmal meletakkan tapak tangannya didinding agar aku tersepit.

” Apasal dengan awak ni haa? Tepilah sikit! Saya nak baliklah. ” Aku sudah mula berasa tak keruan. Hanya Akmal yang mampu membuatku berperasaan sebegini.

” Awak kena berterus terang dulu dengan saya. Siapa lelaki yang makan bersama awak di KFC tadi? ”. Tanya Akmal ingin tahu. Dia masih tidak mengendahkan permintaanku malah kurasakan badannya semakin rapat ke arahku.

” Yang awak duk sibuk nak marah-marah ni kenapa? Awak ni siapa pada saya haa? ” Suaraku sudah mula perlahan. Sungguh! Aku sudah tidak mampu bertahan dengan Akmal. Rasa benci, rindu dan sayang bercampur ketika ini.

” Sebab awak ni tunang saya! Mestilah saya marah kalau tunang saya keluar dengan orang lain. Dah tu sampai nak bersuap-suap pulak. Sakit sangat ke tangan tu sampai tak reti nak suap sendiri?? ”.

” Haa?? Bila masa saya bertunang dengan awak?? Awak ni dah gila ke apa? ”. Sah! Dia ni sudah gila. Dah dua tahun aku tak jumpa dia. Tup tup bila terserempak macam ni kata aku dah bertunang pulak. Meskipun suatu ketika dulu aku pernah membayangkan betapa bahagianya diriku jikalau menjadi tunangan Akmal. Tapi itu semua dulu punya cerita!

Akmal sudah mula mengundurkan tangannya namun matanya tidak terlepas dari menatap wajahku. ” Kalau awak tak percaya, cuba telefon emak awak. Pagi tadi ibu saya dah hantar rombongan ke rumah awak.”

Aku terus mendail nombor emak. Apabila mendengar suara ibu, terus aku berkata. ”Hello, mak. Betul ke hari ni ada orang datang masuk meminang Farah ? ”

” Farah ni kalau ye pun, bagi lah salam dulu. Mak baru je nak telefon Farah. Pagi tadi ada satu pinangan untuk Farah. Dari Akmal, kekasih Farah dulu. Mak dia yang datang tadi. Mak tak tahu pun Farah dah berkawan balik dengan dia.” Kedengaran suara ceria ibuku menjawab. Tak pernah aku mendengar suara ibu yang seceria ini. Mungkinkah dia berasa seronok di atas peminangan ini?

” Habis tu mak terima lah pinangan diorang?” Hatiku sudah merasa tak sedap. Teringat pulak perjanjian diantara aku dan Nisa semalam.

” Yelah, bukankah Farah yang suruh mak terima pinangan sesiapa pun pada 09.09.09. Mak buat ikut Farah cakap lah. Kenapa, Farah tak jadi nak bertunang pulak ke?” Suara ceria emak bertukar menjadi sedih.

” Eh, takdelah. Farah tanya je. Farah ingat ada ramai orang datang merisik hari ni. Rupa-rupanya seorang je. ” Aku bergurau untuk mengelak dari membunuh keriangan ibuku ini sambil kerling mata ke arah Akmal. Nyata dia juga tersenyum mendengar gurauanku itu.

” Hurm, elok sangat la tu. Kang kalau ramai sangat tak terpilih nanti. Dah lah, mak banyak kerja nak buat ni. Pihak lelaki minta nak dinikahkan cepat sangat. Kelam kabut mak nak selesaikan apa yang patut. ”

” Haa? Nikah cepat?? Bila pulak mak? Hello? Hello? Mak?. ” Tut..tut..tut.. Ala, dah habis kredit rupanya. Macam mana aku boleh terlupa nak topup tadi?

Aku terus mengalihkan padangan ke arah Akmal. ” Awak minta bila tarikh nikah dekat mak saya? ”

Akmal tersengih ke arahku sambil berkata ” Hurm, 16.06.2009. 7 hari dari sekarang. Awak baliklah rumah buat persiapan ye. ”

” Awak kan dah bertunang. Apasal yang tamak sangat ni? Pergilah kahwin dengan tunang awak tu. ” Aku berasa sangat geram dengan Akmal. Hidupnya tentu tak terasa puas kalau tidak mempermainkan perasaan aku.

” Lelaki kan boleh kahwin empat sayang. Lagipun awak kan dah berjanji nak terima pinangan sesiapa pun pada hari ni. So , rugilah kalau saya melepaskan peluang keemasan ni. ” Akmal tersenyum meleret sambil menjungkit-jungkit kening kanannya. Lantas aku teringatkan seseorang. Nisa!

” Nisa yang bagitau awak ke?? Arghh!! ” Tunggulah Nisa, balik nanti siap kau aku kerjakan!

”Kirim salam sayang saya dekat housemate awak tu ye. Dahlah awak, jomlah saya hantarkan awak balik. Maghrib pun dah nak masuk ni “ Akmal menarik tanganku menuju ke arah lif.

“ Saya taknak balik dengan awaklah. Awak tahu tak awak juara carta orang yang paling saya benci tau?” Aku menarik kembali tanganku di dalam lif dan cuba untuk mengelak dari dia. Mujurlah hanya kami berdua di dalam lif tersebut.

” Saya dah lama dah tahu pasal tu, sejak dari hari kita putus lagi. Awakkan suka wujudkan carta yang pelik-pelik dari dulu lagi kan? Orang yang paling jahat di dunia lah, orang yang paling pandai Matematik lah, macam-macam lagilah carta awak tu. Kalau tak silap, saya juga pernah menjuarai carta lelaki yang paling awak sayang kan? Tolak abah dan datuk awak lah. ”

” Arghh, bencilah awak ni. Baik saya balik lagi senang! ” Aku terus melangkah menuju keluar lif usai tiba di tingkat bawah. Memang dulu dia pernah menjuarai carta tersebut tapi sekarang tidak lagi.

” Haa, yang ni saya tak boleh nak kompromi. Awak kena balik dengan saya jugak. Kalau nanti jadi apa-apa dekat awak, saya nak menikah dengan siapa? Baik awak pilih samada nak ikut saya secara sukarela atau nak saya dukung paksa awak balik?”

Geramnya aku dengan lelaki ni. Sesuka hati je buat aku macam tunang dia. Aku bertunang ni tanpa rela lah. Menyesal aku pandai-pandai buat janji dengan Nisa. Kononnya nak buat kisah happening bertunang di tarikh yang spesial. Padan muka kau Farah!

” Yelah-yelah. Mana awak parking kereta? ” Mataku melilau mencari kereta Akmal. Terbayang Myvi hitam yang sering digunakan ketika kami keluar bersama-sama suatu ketika dahulu. Sewaktu itu, aku pernah menyarankan kepada dia dalam nada yang bergurau supaya dia mengecat keretanya itu kepada warna hijau, warna kesukaanku. Kalau tidak, itu bermakna dia tak sayangkan aku. Tapi sampai ke hari terakhir kami berpisah pun warna Myvi Akmal masih lagi warna hitam.

” Depan mata awak ni lah. Dah mata empat pun rabun lagi! ”. Cis sempat lagi mengutuk aku. Aku terus mendongak di hadapan. Terbeliak mataku memandang ke arah keretanya. Myvi hijau?? Mana pergi Myvi hitam kesayangannya dulu?

” Kenapa awak cat warna lain pulak ni? Awakkan suka warna hitam.” Mustahil dia melakukannya keranaku. Mustahil dia masih sayang padaku.
” Sebab saya sayang tunang saya. Dia yang suruh saya buktikan sayang saya dengan mengecat warna pokok pisang ni. Dahlah tak cantik pun!. ” Akmal terus melangkah ke arah keretanya dan membukakan pintu untuk aku masuk. Romantik la pula mamat ni. Dulu aku masuk tak payah nak bukak-bukak pintu pun. Aku terus masuk dan memikirkan katanya tadi. Ah, jangan nak perasanlah. Mungkin tunangnya yang dulu tu sukakan warna hijau jugak. Tapi, betulkah mereka masih bertunang? Entah-entah dah berkahwin. Huh! Bencinya!

Kereta Akmal terus meluncur laju. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Aku tak mampu membayangkan masa yang akan datang di mana aku dan dia menjadi suami isteri. Dan yang paling menyedihkan, aku terpaksa berkongsi suami! Sesungguhnya aku menyesal kerana tidak berfikir terlebih dahulu sebelum berjanji dengan Nisa semalam. Terlajak kata, badan binasa. Sesuai sangatlah pepatah tersebut untuk diriku.

Tiba-tiba Akmal memberhentikan keretanya secara mengejut. Badanku terdorong sedikit ke hadapan, mujurlah kepalaku tidak terhantuk cermin hadapan.

” Awak ni kenapa haa? Berhenti tak bagi isyarat apa-apa pun! Selamat kepala saya ni tak terhantuk. ” Hatiku berasa geram dengan Akmal. Nak bunuh aku ke apa mamat ni?

” Sorry! Saya terkejut tengok awak tak pakai sit belt. Kan dari dulu saya dah selalu ingatkan awak. Jangan lupa guna tali pinggang keselamatan. Kita kena mengamalkan langkah-langkah bersedia. Kalau jadi apa-apa kat awak, macam mana dengan saya nanti? ”

” Awak ni macam polis trafik la.” Aku terus mengenakan tali pinggang. Sayang juga dia pada aku. Ingatkan dah tak nak ambil tahu langsung pasal aku ni. Lepas ni aku nak pakai helmet la bila naik kereta dengan dia. Biar dia brek mengejut masuk dalam gaung terus. Alang-alang nak mengamalkan langkah bersedia katakan. Hehehe.

Akmal meneruskan perjalanan ke rumahku. Kami tiba 20minit kemudian. Aku menanggalkan tali pinggang dan berura untuk keluar. Akmal terus mengunci kesemua pintu secara automatik dari tempatnya. Aku menunjukkan muka kehairanan dan dia tersenyum ke arahku. Satu sifat dia yang aku respek selama ini. Senyum memanjang! Kalau dia berduet dengan Dato’ M Daud Kilau nyanyi lagu Senyumlah memang sesuai sangatlah.

” Tunggulah dulu. Saya ada benda nak cakap dengan awak ni. Firstly, saya nak ucap terima kasih sebab sudi terima lamaran saya. ”

” Saya terpaksa terimalah mangkuk! Saya dah terjanji dengan Nisa dan ibu saya.” Haa, kan dah terlepas perkataan yang tak enak didengar tersebut.

” Awak panggil saya mangkuk?? Cubalah bagi gelaran yang sedap sikit. Cawan ke, sudu ke. Seronok sikit saya nak dengar. Hah, sebelum saya terlupa, kita ni akan menikah dalam masa seminggu ni. Saya tahu yang saya ni juara carta orang yang paling awak benci, tapi saya yakin saya takkan berada di tempat tersebut dalam masa 7 hari ni. Dapat naib juara pun jadilah asalkan bukan juara.”

”Amboi, yakinnya awak ni! Takpe, kita tengok. Tapi saya yakin awak akan terus bertahan sebagai juara. Dah 2 tahun tau awak pegang rekod ni. ” Aku membenci Akmal semenjak dari hari pertama kami berpisah. Bermakna sudah 2 tahun aku membencinya.

”Okey, saya akan pecahkan rekod tu tapi saya juga akan dapatkan kembali rekod yang pernah saya pegang dulu. Juara carta lelaki yang paling awak sayangi. Awak tengoklah nanti, saya akan buatkan awak jatuh hati kat saya balik dalam masa 7hari ni. Just wait and see sayang”. Ujar Akmal sambil tersenyum sumbing.

“ Suka hati awaklah. Jangan menyesal sudah. Saya tak jamin samada saya dapat sayang awak ke tak lepas ni. Jangan terlalu berharap. So, eekarang boleh tak saya nak masuk dalam rumah saya wahai tunang tersayang? ” Sengaja aku memerli Akmal agar dia segera membenarkan aku keluar dari keretanya ini.

” Haa, kan manis kalau awak cakap macam tu. Sejuk hati saya dengar, sampai rasa taknak berpisah dengan awak. Sepatutnya saya suruh ibu saya minta tarikh nikah kita esok kan? Lagi cepat lagi bagus. Kan sayang? ” Akmal mula membelai jariku. Meremang aku rasa bersama dengan Akmal ketika ini.

” Sudah! Nak termuntah saya dengar. Baik awak buka pintu ni cepat sebelum saya cubit awak sekuat hati macam dulu tu.” Akmal terkocoh-kocoh membukakan kunci. Aku tersenyum puas sambil melangkah masuk ke dalam rumah sewaku.

”Bye sayang! ” Aku ucap pada Akmal yang riak mukanya masih sedikit cuak ketika itu. Baru dia kenal siapa aku. Aku yakin dia masih teringat akan peristiwa dulu. Ketika itu, Akmal mengambil kesempatan mencium pipiku apabila aku tidak perasan akan perbuatannya itu. Lantaran dek rasa terkejut yang amat sangat, aku terus mencubit lengannya sekuat hati. Luka kesan dari cubitan itu agak mendalam, hinggakan kelihatan seperti didera oleh ibu tiri. Sakitnya apatah lagi, hinggakan nak mandi pun terpaksa mandi sebelah badan saja. Akmal sudah tak berani membuat tak senonoh padaku. Mungkin sudah trauma dengan kesakitan yang dialaminya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------